Sementara tunggu temujanji mak dengan doktor kat hospital, saya dan encik suami plan nak sarapan pagi di Warung Laman Nurani Kuala Pilah. Dari menunggu saja kat parkir, lebih baik kita jalan-jalan cari makan. Faham je lah urusan di hospital ni kalau tak berjam jam tak sah.

Sebenarnya dah aim lama dah nak makan kat Warung Laman Nurani ni, cuma entah bila nak pergi tak tahu lah. Alang alang dah ada kat Kuala Pilah tu sebelum balik Seremban, kita singgah lah kejap bersarapan kat situ. 

Apa yang menarik di Warung Laman Nurani Kuala Pilah?

Pertamanya, Warung Laman Nurani ada daya tarikan tersendiri. Unik! Warung yang didirikan di atas air kolam. Suasana kampung dikelilingi kehijauan. Itu yang buat rasa teringin sangat nak pergi. Nak feel suasana tu. Cantik pun cantik tempatnya. 

Keduanya menu, sebab ada mee bandung. Sebagai penggemar mi bandung, tengok mee bandung kat Warung Laman Nurani ni macam sedap je. Macam abah saya buat nampaknya. Bukan jenis kuah sos. 

Memang dimasak fresh dari kuali. Bukan masak sekali dalam kawah dan panaskan. Nama menu pun mee bandung abah, memang sedap lah tu kan kalau abah abah masak.

Dua sebab tu je lah yang buat saya rasa nak datang sini. Saya tahu kewujudan Warung Laman Nurani ni pun sebab tertengok di youtube Akbar Sahari, pengacara sukan Astro Arena dulu kot. Warung ni abah eh punya. Dialah yang promote.

Warung Laman Nurani

Sebelum menaip entry ni, saya carilah sikit maklumat tentang Warung Laman Nurani ni. Rupanya dah lama wujud warung ni. Sejak 1975! Menyediakan menu istimewa resipi bonda katanya lah. 

Ini lah dia suasana Warung Laman Nurani Kuala Pilah. Masa ambil gambar ni matahari tengah naik dan memancarkan cahaya terang betul. Agak tak nampak papan tanda tu sebab membelakangkan cahaya. Ambil gambar pun asal boleh je. Sakit mata pulak tengok matahari terus macam ni.

Warung Laman Nurani Kuala Pilah

Warung Laman Nurani ni kalau tengok di facebook page selalu meriah dengan pengunjung. Geng bikers rajin singgah sini. Mungkin kami datang lewat sikit orang dah habis sarapan kot. Mungkin juga bukan weekend, itu yang lengang sikit. Masa datang pun ada seorang je tengah makan. 

Ada ruang parkir berhampiran dalam gambar pertama sebelah kiri. Kalau ramai yang datang, rasanya kena parkir tepi jalan jugak kat jalan masuk tempat saya ambil gambar kat atas tu. 

Ada dua botol susu legend kat situ. Tak pasti sekadar hiasan atau ada function dia kat situ. Warung dia comel je. Nama pun warung kan. Tak dapat bayangkan bila pengunjung ramai. Agaknya kena tunggu giliran jugak.

Warung Laman Nurani Kuala Pilah

Sebelum masuk kedai nampak signboard warung yang semestinya digunakan untuk ambil gambar. 

Warung Laman Nurani Kuala Pilah

Saya pilih duduk di meja no.1 Betul betul dekat pintu masuk warung. Permandangan dari meja. Sambil tu boleh layan tengok ikan ikan dalam kolam ni. 

Ikan Warung Laman Nurani Kuala Pilah

Selain ikan, ada juga kura kura. Kolam ni juga tempat Pesta Bokubang, acara tahunan yang dianjurkan kat sini.

Warung Laman Nurani Kuala Pilah

Encik suami order nasi lemak ayam. Sambal nasi lemak dia agak cair sikit macam sambal kuah roti canai. Sambal nasi lemak stail kampung gitu. Saya jamah sesudu je nasi lemak ni. Okaylah pada saya. Encik suami makan laju je. Tandanya sedap lah tu kan. Ke lapar sebab tak sarapan lagi. Hehe...

Nasi Lemak Ayam Warung Laman Nurani Kuala Pilah

Mee bandung yang ditunggu tunggu. Memang fresh from kuali. Menunggu tak lah lama. Lebih kurang 10 minit macam tu kot. Mee bandung dia memang sedap! Saya pilih mee bandung special, ada udang lebih. 

Mee bandung sedap dah cuma kuah cair sikit lah. 

Tak mengapa, tetap tersedap pada saya. Teringat mee bandung abah saya. Huhu...Lama tak merasa mee bandung air tangan abah. Terubat jugaklah rindu. 

Dihidangkan dalam mangkuk klasik motif bunga kekwa hitam. Lagi feel lah rasa masakan kampung, kan. Melimpah kuahnya dan portion besar. Ditaburi bawang goreng.

Mee Bandung Warung Laman Nurani Kuala Pilah

Mee kuning dia sedap, macam mee tarik atau homemade mee. Ada jugak beli mee kuning kat Kuala Pilah nak masak mee goreng. Mee kuning sama macam mee bandung ni. Saya beli tu mee kuning Lonek. Perusahaan produk tempatan rasanya. Tak rasa kapur lansung. Sedap!

Nak feel lagi sarapan di kampung, saya order kopi o dan encik suami order milo. Apooo order milo macam budak budak. Haha..dia bukan penggemar kopi klasik macam ni. Dia layan kopi moden je.

Total harga 2 hidangan, 2 minuman dan 1 bungkus kuih puding jagung belas belas, bawah RM20. Tak ingat pulak berapa.

Ada potensi nak datang sini lagi sebab mee bandung sedap. Kalau datang sekali lagi nak order mee bandung pedas sikit. Tak pedas pun berpeluh gak makan mee bandung panas-panas. 

Lokasi Laman Nurani Kuala Pilah

No.19 Off Laman Nurani
Kg Sg Dua Besar
Kuala Pilah, Negeri Sembilan