Kelentang Kelentong, terus terbayang kelentang kelentong bermacam bunyi di dapur bila memasak. Kelentang Kelentong juga jadi pilihan tajuk lagu single terbaru Hael Husaini.

Kelentang Kelentong Hael Husaini

Kelentang Kelentong maksud dalam masyarakat Malaysia banyak pengertiannya. Lazimnya, bukan hanya sekadar ‘tin kosong’ yang berbunyi atau keadaan riuh-rendah semata-mata.

Jalan cerita lagu Kelentang Kelentong diubah dan disesuaikan dengan situasi terkini sekarang dimana kerajaan telah membenarkan gelembung pelancongan terhadap beberapa destinasi dalam negeri dan juga kebenaran merentas negeri.

Jadi lagu Kelentang Kelentong macam mengajak untuk pergi melancong atau berjalan kemana saja bersama keluarga atau rakan-rakan.

Kelentang Kelentong menggambarkan suasana keriuhan bila dapat berjumpa dan perasaan teruja selepas menahan rindu yang terlalu lama. Seronok dapat berjumpa selepas beberapa lama tak bersua muka.

Penggambaran video muzik  Kelentang Kelentong menampilkan tema percutian di Pulau Langkawi dengan memaparkan tempat-tempat menarik yang sering dikunjungi oleh para pelancong.

Lagu Kelentang Kelentong bergenre pop dan rancak. Sesuailah dengan mood cuti cuti. Okay, jom layan lagu Kelentang Kelentong.


Lagu : Kelentang Kelentong
Lirik : Hael Husaini
Komposer : Hael Husaini & Ezra Kong

LIRIK LAGU KELENTANG KELENTONG HAEL HUSAINI

Siang-malam tidur aku tak lena
Makin lama makin rindu padanya
Oh, rindu, rindu manja
Boleh jumpa, buat apa nak tunda?
Tunda, tunda, bila masa nak jumpa?
Oh, rindu, rindu gila

Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu, Ahad, hmm

Ayo, sayang, kita bersua
Ayo kita kelentang-kelenting, kelentang-kelentong
A-la-la-li-la-le, ha, ha, ha
Ayo, sayang, kita bersua
Ayo kita kelentang-kelenting, kelentang-kelentong
A-la-la-li-la-le (a-la-la-li-la-le, le, le)

Bukan mahu ganggu engkau bekerja
Tapi teringin juga kau merasa
Oh, rindu, rindu gila
Kata tak mahu, tapi hatiku mahu (kata tak mahu)
Kau patut tahu apa yang aku mahu
Dekat sama kamu

Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu, Ahad, hmm

Ayo, sayang, kita bersua
Ayo kita kelentang-kelenting, kelentang-kelentong
A-la-la-li-la-le, ha, ha, ha
Ayo, sayang, kita bersua
Ayo kita kelentang-kelenting, kelentang-kelentong
A-la-la-li-la-le (a-la-la-li-la-le, le, le)

Ayo, sayang (ayo, sayang, bersua)
Punya lama kita berpisah
Kan dah boleh bersua
Ayo, sayang, kita bersua
Ayo kita kelentang-kelenting, kelentang-kelentong
A-la-la-li-la-le (a-la-la-li-la-le, le, le), ha, ha, ha
Ayo, sayang, kita bersua
Ayo kita kelentang-kelenting, kelentang-kelentong
A-la-la-li-la-le (a-la-la-li-la-le, le, le), ugh, egh, let go now

A-le-la-le-la, o-le-la
A-le-la-le-la, o-le-la (a-le-la-le-la, o-le)
A-la-la-li-la-le (a-la-la-li-la-le, le, le), let go now
A-le-la-le-la, o-le-la
A-le-la-le-la, o-le-la (le-la)
A-la-la-li-la-le (a-la-la-li-la-le, le, le)