Pergi IKEA wajib beli karipap IKEA ni. Itulah saya lah. Selama berkali kali pergi IKEA tak pernah sekali makan kat IKEA. Percaya tak? Meatball IKEA ke apa ke tak pernah makan lagi. Setiap kali lalu tempat makan tu jarang lah tak penuh.

Selepas PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dapat merentas negeri bolehlaah jejak IKEA ni dapatlah membeli dan merasa karipap IKEA yang dirindui setelah sekian lamanya. 

Biasa akan beli 2 bungkus untuk stok makan-makan. Esoknya saya panaskan mana yang tinggal, barulah sempat ambil gambar.

Selepas dipanaskan dalam microwave selama 2 minit beginilah rupa dia. Tak seelok selepas beli. Tapi rasa dia tetap sedap. 

Karipap IKEA

Karipap  IKEA tahan berapa lama ye? 

Sehari dua saya letak dalam peti ais okay je bila dipanaskan. Lebih dari itu tak pernah lagi. Asalkan kita simpan elok, eloklah dia kot.

Lama tak jejak IKEA, tahu tahu air mineral pun dah bertukar wajah. Dari botol plastik ke karton pulak. Sejak bila bertukar ni? 

Air Minuman IKEA