Kerana dia suka, drama siri melayu terbaru dibintangi Fikry Ibrahim, Rita Nadira, Nasha Aziz, Riz Amin, Rozita Che Wan dan ramai lagi. Kerana dia suka episod 1 mula bersiaran pada 9 Mac 2022 di slot Lestary TV3 jam 9:00 malam.

Drama Kerana Dia Suka merupakan drama adaptasi novel 'Kerana Dia Suka' karya Marissa, drama arahan Kyoll Hamzah dan terbitan Zeel Production Sdn Bhd.

kerana dia suka full episode slot lestary TV3

DRAMA KERANA DIA SUKA

Jumlah episod : akan dikemaskini
Mula siaran : akan dikemaskini
Waktu siaran : Rabu-Sabtu, jam 9:00 malam
Siaran TV : Slot Lestary TV3
Penulis skrip : Mufid Suhaimi, Next Scene Team
Pengarah : Kyoll Hamzah
Produksi : Zeel Production Sdn Bhd

SINOPSIS KERANA DIA SUKA

“Tapi saya nak awak percaya yang saya benar-benar tak bersalah. Saya tetap cintakan awak sampai saya mati.”

Itu kata-kata Sufian, tunangnya apabila baru saja kena tangkap khalwat dengan Aida. Lagi
kurang sebulan saja majlis perkahwinan mereka, tapi kini semuanya tinggal kenangan.
Rasa tawar hati itu membawa Wardina ke bumi Kundasang bersama teman baiknya, Zaimah.
Tak sangka, dia dipertemukan dengan lelaki serabut alam bernama Idham. Serupa perompak punya. Tapi lelaki itu memang sesuatu.

“Aku rasa lelaki tu minat kaulah.”
“Merepek!”

Wardina menolak sekerasnya namun Zaimah tetap dengan pendiriannya. Dan akhirnya Idham menjelaskan statusnya.

“Saya dah bertunang.” - Idham

Sumpah, Wardina takkan terlibat dengan milik orang. Dia sudah rasa sakitnya apabila calon suami yang diharapkan dirampas orang lain. Terus dia letakkan jarak pada hubungan mereka.

Namun, Idham seolah-olah lupa pada status yang disandangnya. Diajaknya Wardina keluar makan bersama, malah sampai pernah bermalam di rumah keluarga Wardina di kampung.
Ajaibnya, semakin lama, hati Wardina kian terpaut pada lelaki serabut alam itu.
“Awak tak risau ke tunang awak nampak? Tak pasal nanti putus tunang terus.” -Wardina
“Dia tak kesah pun. Selama ni dia langsung tak hiraukan saya. Entah suka atau tidak dengan pertunangan ni.” - Idham

Namun satu pengakuan dari bibir Idham buat Wardina bagai tersedar daripada mimpinya.
“Saya ingat nak putuskan pertunangan saya.” -Idham
“Apa?” – Wardina
“Ya, saya nak putuskan pertunangan saya. Saya dah tak sanggup nak teruskan. Tak guna kalau saya tak ada hati langsung dengan dia.” – Idham

“Kenapa baru sekarang awak buat keputusan tak nak teruskan pertunangan awak?
Kenapa tak dari mula lagi?” – Wardina

“Saya cuba untuk menerima dia sebab masa tu saya tak ada sesiapa tapi sekarang saya rasa saya dah jatuh cinta dengan seorang gadis.”- Idham

Tiba-tiba Wardina rasa cukup lega. Sesungguhnya Idham dengan dia sekadar sebatas teman. Tak lebih dari itu. Dia lega kerana dia takkan jadi pihak ketiga sama sekali kerana Idham sudah jatuh cinta dengan gadis lain. Atau mungkin dia orang keempat atau kelima. Malangnya perasaan lega itu bersulam perasaan kesal. Ya, kesal kerana telah jatuh hati pada lelaki serabut alam itu!

PELAKON KERANA DIA SUKA

  • Fikry Ibrahim sebagai Idham
  • Rita Nadira sebagai Wardina
  • Trisha Ooi sebagai Zaimah
  • Nasha Aziz sebagai Seha
  • Riz Amin sebagai Ijol
  • Mimi Ernida sebagai Aida
  • Nina Smith sebagai Nurlisa
  • Fendi London sebagai Haji Budin
  • Nafiez Zaidi
  • Rozita Che Wan
  • Halmey Hamdah
  • Ezany Nizarif
  • Nadia Kesuma