Dia datang, dengan lenggang lenggoknya. Tahu tahu dah masuk bulan November 2021. Laju benar masa berlalu pergi, tak tunggu kita dah.  Masuk bulan November, sebulan lebih lagi kita akan masuk tahun 2022 menutup tirai 2021. 

Cantik nombor tahun depan. Ada yang bercita cita nak buat majlis 02.02.2022, 20.02.2022 atau 22.02.2022 ke?

November, sinonim dengan lagu November Rain. Sesuailah dengan keadaan cuaca sekarang yang kerap kerap hujan selepas musim panas beberapa ketika. Dah bermula musim tengkujuh.
MetMalaysia turut menjangkakan empat hingga enam episod hujan lebat akan berlaku sepanjang Monsun Timur Laut atau musim tengkujuh yang akan bermula pada awal November ini hingga Mac tahun hadapan.
Bersiap siaga lah jika kawasan rumah mula dinaiki air. COVID? Harap cepatlah beredar pulang ke kampung halaman. Muak dah dengan COVID ni.

Apa yang menarik bulan November adalah cuti. Awal bulan November dah mula cuti Hari Deepavali. Ada yang dah berhajat nak bercuti long weekend ke tu?

Cuti Umum November 2021

4 November (Khamis) : Hari Deepavali Semua Negeri kecuali (Sarawak)
5 November (Jumaat) : Hari Keputeraan Sultan Perak (Perak)
11 November (Khamis) : Hari Keputeraan Sultan Kelantan (Kelantan)
12 November (Jumaat) : Hari Keputeraan Sultan Kelantan Hari Kedua (Kelantan)
 
November 2021
Dreams are the tiny seeds from which the beautiful
Tomorrow grows. Spread love.
Because it is the bridge between you and everything.
Let no one ever come to you
without leaving better or happier.

november calendar 2021

Even love is full of thorns,
I'd still embrace it,
For I know in between those thorns,
There is a rose worth all the pain.

Princess Aurora,
-Sleeping Beauty-