Belanja makan bukan hanya sekadar bersua muka duduk semeja sambil berhuha huha (baca : bersembang-sembang). Mana mahunya zaman pandemik COVID-19 buat macam tu. Semeja paling tidak hanya boleh duduk berdua. Itupun kena jarak.

Disebabkan virus COVID-19 ni lah cara kita belanja makan dah berubah. Tak bersua muka hanya kenal di alam maya pun boleh belanja orang yang nun jauh disana. Kan?

Semalam saya terima duit belanja yang dikirimkan dari Sabah. Siapa lagi kalau bukan Kak Amie. Kak Amie kata dia nak belanja makan tapi kena beli sendiri lah.

Kebetulan petang semalam encik suami bersihkan air cond dan bersihkan compressor kat luar, hari Sabtu pulak computer saya buat hal windows problem. Tak pasal pasal encik suami kena format semula dan install apa yang perlu. 

Mujur kerja saya semua dah backup siap siap dalam hard disk. Tapi leceh jugak kena install semula font. Adeh! Boleh mendatangkan stress lah jugak kan. Itupun tak siap lagi ni.

Masing-masing dah penat. Jadinya saya pun belanja encik suami dengan duit belanja tu. Saya cadangkan beli McD je lah.

McD menu 

  • Spicy Chicken McDeluxe Set (Fries + Milo ice)
  • Creamy Cheese Spicy Chicken
  • Cempedak McFlurry
  • Iced Mocha
  • Kek Pandan Gula Melaka
mcdonald's malaysia menu
gambar kacau bilau. Tak tahu nak susun dah sebab nak makan cepat.

Creamy Cheese Spicy Chicken/ Burger Ayam Pedas Sos Keju

Creamy cheese spicy chicken atau burger ayam pedas sos keju ni merupakan menu baharu McDonald's Malaysia. Burger dengan kepingan ayam rangup pedas dan sos keju serta kepingan keju. Rasa pedas tu terasa. Bila bergabung dengan rasa creamy cheese tu buatkan burger ayam pedas sos keju ni lagi sedap.

Creamy cheese spicy chicken McDonald's

Cempedak McFlurry

Sebenarnya nak beli McFlurry Popping Candy tapi katanya dah tak ada dah. Sebelum tu tengok kat website ada promo Cempedak McFlurry, beli dengan 1 harga dapat 2 macam tu. Sekali kena scam. Tak ada pun promo tu. Kalau tahu macam tu suruh encik suami beli 1 je cempedak McFlurry

baca juga : cempedak mcflurry review

Bukan je kena scam promo tapi dah kenapa cempedak McFlurry rupa dah macam  Oreo McFlurry pulak?. Ada pulak topping cebisan oreo. Tenggelam terus syrup cempedak tu. Ini kalau orang cakap Oreo McFlurry pun boleh percaya.

Tak tahu lah kot tersilap letak topping Oreo tu. Nasiblah labuuuu...

cempedak mcflurry review

Iced Mocha

Haritu dah cuba Iced Latte, jadi cuba Iced Mocha pulak. Sedap! Gabungan kopi dan coklat tak pernah mengecewakan. 

Iced Mocha McCafe Drink


Kek Pandan Gula Melaka

Kononnya nak beli set combo cake + McCafé Drink, kek nak pilih kek pandan gula Melaka. Tapi kek pandan gula Melaka tak ada set combo. Kena beli ala carte. Terpaksalah beli kopi dan kek asing-asing.

Kek Pandan Gula Melaka McDonald's

Kek belum cuba lagi. Simpan dulu dalam kulkas. Sebelum makan nanti kita shoot proper sikit dan buat pos kek pandan gula Melaka sahaja. 

Apa apa pun Terima kasih untuk Kak Amie belanja dari kejauhan. Berkongsi rezeki dengan blogger yang jadi top komentator blog Amie Little's Kitchen sempena ulang tahun kelahiran anak anak bujangnya bulan September.

Semoga dilimpahkan rezeki yang melimpah ruah seluas lautan, rezeki yang tak pernah berhenti mengalir seperti air zam zam yang tak pernah berhenti mengalir ke seluruh pelusuk dunia dengan segala keberkatan.
Aamiin Ya Rabbal Alamin...

Apa yang menariknya Blog Kak Amie? Hari hari Kak Amie masak hidangan sedap-sedap. Bukan hanya sedap, yang rare tak pernah jumpa pun ada. Dapat jugalah belajar ilmu masakan baru dan juga resipi-resipi masak gaya Kak Amie. 

Tak dapat merasa, dapat jamu mata pun jadi lah. Terima kasih sekali lagi Kak Amie. Rasa nak ucap berkali kali Terima kasih.