Selamat pagi Sabtu semua orang. Pagi ni nak cerita char kuetiau kerang lah. Entah bila kejadiannya pun saya dah lupa. Bila lambat update, tak ingat terus bila entah masak char kuetiau kerang ni. Bukan baru masak pagi ni ye. No! no!

Ingat lagi tak saya ada kongsi resipi char kuetiau tanpa pes. Ada yang dah cuba ke? Untuk kali kedua saya teringin makan char kuetiau. Sedapnya alahai kalau ada kerang. Kirim dekat suami beli kuetiau, kerang dan taugeh.

Bahan-bahan lain semua dah ada. Syukurlah ada kerang. Itupun cenonet je semuanya. Jadilah kan daripada tak ada. Beli sikit je untuk buat char kuetiau je pun. Lagipun kerang comel comel beli sikit cukuplah.

Kalau besar boleh jugak beli lebih buat masakan lain, kan? Bila ada kerang ni bertambah lah sikit kerja dan masa memasak. Nak kena masak dulu kerangnya. Lepas basuh saya rebus je semuanya dengan serai dan halia.

Bab mengopek kerang tu paling malas. Mujurlah sikit je kerangnya pun. Leceh pun leceh lah asalkan dapat makan char kuetiau kerang resipi mudah mudah je. Tanpa pes pun sedap. Ini baru lah char kuetiau kerang betul-betul ho liao.

Maksud ho liao dalam bahasa melayu, sedap.

Char Kuetiau Kerang Betul-Betul Ho Liao

Bila dah pandai masak char kuetiau sedap, kemain rajin pulak tiba tiba. Kali ni char kuetiau versi banjir sikit. Sikit je. Blogger Anies tu tak agak agak suruh kita cari tapak gerai. Ehhh takdelah sampai nak berniaga. 

Masak sendiri makan sendiri je sudah. Bukan senang nak puaskan selera orang sedangkan selera sendiri pun ikut mood. 

2 hari ni mungkin tenggelam timbul sebab balik kampung sebentar. Sabar ye. Ada masa free saya akan blogwalking. Syukur Negeri Sembilan dah masuk fasa 3. Fasa 2 haritu pun dah boleh rentas daerah kan untuk completed 2 doses. Balik Kolo Pilah lah kita. 

Lagipun balik sebab Isnin mak ada appointment di HTAN Kuala Pilah, jadi encik suami akan hantar mak. Alang alang dapat balik nak mengerjakan semak samun dan mengemas apa yang patut.

Isnin, hari yang sama appointment abah saya di HSI JB. Semoga Allah permudahkan segala urusan. Aaaminn...