Balik kampung haritu cuaca kejap mendung kejap panas. Suami pun terkeliru nak meracun semak ke tidak. Sudahnya berakhir dengan kegagalan meracun di hari sabtu. Pagi Ahad lepas embun kering barulah mula siapkan segala pekakas dan bahan untuk meracun.

Sedang suami rancak meracun di sekeliling rumah, saya tutup semua tingkap. Duduk dalam rumah diam diam sempat jugak berblogwalking. Nak duduk luar nanti terhidu bau racun. Mak pulak macam biasa kalau balik kampung mana reti duduk diam.

Dah ditegah duduk dulu rehat tapi... ehhh dia ligat buat kerja. Buat kerja laju-laju, jalan laju-laju pastu mengadu sakit kaki tak kuat. Jumpa jiran jiran tapi sembang jauh-jauh je la. Bertanya khabar dan sembang lama tak jumpa.

Mak-mak kita dah biasa duduk kampung. Banyak aktiviti boleh buat. Itu yang sibuk buat macam macam tu. Jiwa dia lebih kepada suasana kampung. Dapat buat kerja kampung at least kurangkan juga rasa serabut duduk di bandar.

Tiba-tiba dengar suara mak luar tingkap bilik dengan makcik saudara bersembang. Tengah mengutip buah kelapa tua yang pokok tinggi jauh sikit dari pokok kelapa kuning dalam gambar. Nak dibuat stok santan katanya. Bergegas lah saya capai sweater hoodie tolong kutip buah kelapa. 

Encik suami pun dah siap meracun kawasan berdekatan dengan rumah. Sambung jauh sikit dari rumah sebab dah semak jugak. 

Lepas kutip kelapa, berehat kejap bawah pokok kelapa kuning ni. Kelapa gading ke nama dia? Dalam hati berkata "Alangkah sedapnya kalau dapat air kelapa sejuk masa cuaca panas ni".

Tapi cita cita tak tercapai mengenangkan buah kelapa yang tak besar mana ni. Auto cancel niat nak buat air. Potong mood betul lah buah kelapa ni. Kenapalah tak besar masa ni. Ke memang macam ni besar dia. 

Hahaha... Entahlah! Kemain teringin nak minum air kelapa kan tapi tak tahu jenis buah kelapa.

Kelapa Kuning

Buah kelapa tua terus dikupas. Mak tukang kopek dengan pengopek kelapa jenis macam gunting tu. Saya tukang tarik sabut kelapanya. Nak guna tu saya tak pandai. Dah hampir siap baru lah encik suami datang tolong lepas meracun.

Merembes segala peluh bila lama tak buat kerja kampung. Mak pun gelak tengok saya berpeluh sakan. Itulah tu dah lama tak bersenam kan. Haha...saya  nasihatkan mak suruh rehat dulu, mak pun suruh saya rehat dulu kalau penat. 

End up masing masing teruskan projek mengopek kelapa sampai siap. Tapi saya stop dulu sebab tak larat dah. Mak masih kuat lagi tu. Lepas tu proses mesin kelapa dan perah santan pulak. Suami mesin, mak perah santan. Saya terkulai layu ditasik madu

Eh tak! Disebabkan letih mengopek kelapa yang tak seberapa dan berpeluh beria. Masuk rumah terus mandi. 

Kelapa Tua

Semuanya 10 biji kelapa tua mak ambil. Dapatlah beberapa bungkus santan. Saya dapat dua bungkus santan. Santan mak bagi dulu pun masih ada lagi. Tapi mak tetap bagi lagi santan buat stok. Jenis jarang masak bersantan ni dan suka guna santan kotak lagi.

Kalau guna santan fresh kena terus guna baru betul betul fresh. Bila dah simpan lama dia jadi kurang sedap sikit. Kalau masak kena lagi kerap mengacau baru elok hasilnya.

Fuhhh kisah buah kelapa je pun. Berjela jela pulak ceritanya. Jangan bagi perempuan membebel, silap silap jadi sebuah buku. Kah!