Teruja betul bila nampak bunga pokok daun kari. Bukan selalu dapat tengok bunga pokok daun kari ni. Apa lagi, kita gambarkan bunga daun kari sebagai kenangan. Kalau duduk di kampung lain cerita lah kan dah biasa tengok. 

Bunga Pokok Daun Kari

Pokok kari

Pokok kari sejenis tumbuhan tropika/sub tropika yang asalnya dari negara India dari keluarga rutaceae yang mengeluarkan daun-daun kecil berwarna hijau dan berbunga berwarna putih

Lebih subur di tanam di dalam tanah berbanding dalam pasu. Pokok kari in tamil dikenali dengan nama  kariveppilai, karipulei, kari-kari, veppu-neem dan daun ilai.

Lain pulak di Kanada, daun kari dipanggil neem hitam kerana daunnya seperti dengan daun neem walaupun ia tiada kaitan langsung dengan pokok neem. 

Daun kari sangat aromatik dan biasa digunakan sebagai rempah dalam masakan terutamanya dalam masakan kari. 

Di Tamil Nadu di selatan India, daun kari bukan hanya digunakan untuk masakan kari tetapi digunakan juga untuk masakan seperti rasam, vada, thoran, chutney, kadhi, murukku dan lain-lain lagi.

Bunga pokok daun kari

Bunga pokok daun kari bersaiz kecil dan berwarna putih kekuningan. Seperti daun kari, aromanya sangat harum.

Bunga Pokok Daun Kari

Bukan hanya ada bunga, buahnya kecil sebesar terung pipit. Buahnya berwarna hijau ketika muda dan bertukar ke ungu berkilau apabila mencapai matang.

Buahnya boleh dimakan, tetapi biji benihnya dikatakan beracun. Itulah keburukan daun kari yang mungkin kita tak tahu. Wallahu a'lam...

Cara pembiakan pokok kari

  • biji benih
  • keratan batang
  • anak yang tumbuh dari akarnya

Hasil kajian mendapati daun kari mengandungi: 
  • 66.3% kelembapan 
  • 6.1% protein 
  • 1.0% lemak 
  • 16.0% karbohidrat 
  • 6.4% fiber 
baca juga : khasiat daun kari & khasiat bunga daun kari

Bila duduk di bandar ni rasa macam susah je pokok kari nak hidup. Tak tahu lah kenapa. Dah banyak kali tanam tak menjadi. Dulu ada bintik bintik hitam. Kenapa daun kari ada bintik putih tu tahulah jugak, sebab kulat putih. 

Penyakit daun kari ni kadang tak faham juga. Mengada ngada pulak nak perhatian lebih. Bila beli, tak ada yang jual sikit sikit. Tapi boleh je simpan guna kaedah leraikan daun, letak dalam bekas bertutup dan simpan dalam peti ais. 

Tapi lagi sedap kalau dapat guna yang petik fresh dari pokok. Apapun ikut keadaan lah. Kalau susah nak dapat stok, simpan dalam bekas. Kalau ada pokok, nak risau apa lagi kan.  Jimat pun iye jugak.