Kembali ke entri makanan. Selagi ada modal gambar makanan, selagi tu ceritanya makan dan makan. Sempena ulang tahun perkahwinan haritu, selain membeli kek mini Ferrro Rocher saya beli juga mini lotus biscoff chill cheesecake.

Sebenarnya saya teringin nak makan kek lotus biscoff. Tak perasan ada tulis chill cheesecake tu. Terlampau taksub sangat nak rasa kek lotus biscoff sampai lupa nak tengok betul-betul. Terbeli yang chill cheesecake pulak.

Jarang yang berperisa lotus biscoff ni tak sedap, kan? Jadi saya pun tak lah ralat sangat tersalah beli pun.

Mini Lotus Biscoff Chill Cheesecake

Mini biscoff cheescake ni saiz 5 inci dengan harga RM35. Agak pricey tapi kenalah dengan bahan bahan yang digunakan. Cheese, lotus biscoff tu dah tentulah mahal. Nak expect murah memang tak dapatlah. 

Bahagian dasar menggunakan biskut hancur dan dipadatkan. Cheesecake yang tebal, rasa yang sedap dan bertekstur halus. Disaluti dengan salted caramel meleleh dan dihiasi dengan taburan gula melaka. Sedap! 

Cuma cepat muak betul bila makan cheescake ni. Nak makan sepotong pun lambat nak dihabiskan. Boleh makan, tapi kurang menepati KPI selera tekak ni. Tak tahulah kenapa. Lebih suka jenis kek biasa daripada cheesecake.

Mini Lotus Biscoff Chill Cheesecake
Kurang sharp sikit close up ni bila lighting tak on point. Cuaca mendung.

Walaupun jenis suka cheesecake tapi sorry terpaksa say 'no' untuk lotus biscoff cheesecake ni. Mungkin ada yang suka. Tapi bukan saya.

Mini lotus chill cheesecake saya beli di kedai yang sama dengan kek mini forrero rocher di website sarasofeyacakes.com. Suka tengok segala jenis kek. Semua cantik je decoration kek yang dibuat.