Semalam cerita buah pulasan, hari ni cerita buah rambutan gula batu. Pernah dengar tak? Saya bukanlah pakar sangat bab buah rambutan ni. Dah kata buah rambutan gula batu, rambutan gula batu lah dia.

Jenis jenis buah rambutan :
  • Rambutan anak sekolah/budak sekolah
  • Rambutan gula batu
  • Rambutan gading
  • Rambutan telan

Ada lagi tak jenis rambutan lain selain di atas? Saya suka je makan rambutan tapi lebih suka jenis buah rambutan longkah.

[long.kah] | لوڠکه
Definisi : mudah ditanggalkan isi drpd biji (bkn buah), lekang: rambutan ~; terlongkah tertanggal: jilidnya ~, lembaran buku itu bersepah di lantai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Terpaling tak suka jenis tak longkah dan kebanyakkan jenis itu berwarna kuning. Ke memang rambutan kuning tak longkah? Tak sempat nak mengkaji.

Balik haritu kakak offer ambil rambutan gula batu kat kebun family abang ipar. Mulanya macam malas juga tapi dah disuruh juga tak ada orang nak makan nanti. Kita pun pergilah alang-alang ada kat kampung. 

Dapatlah dua guni dibahagi bahagikan.  Saya ambil lebih kurang seplastik je. Cukuplah untuk merasa. Nak makan berlebihan tu risau pulak batuk ke apa nanti. Sikit sikit sudah. Asalkan merasa macam tu.

buah rambutan gula batu

Buah rambutan gula batu ni lebih kurang macam buah pulasan. Ciri-ciri buah rambutan gula batu :
  • Isi tebal
  • longkah
  • Isi lebih keras sikit dari isi buah rambutan biasa
  • Kurang berair
  • Manis
Itu apa yang saya rasa lah. Jika salah, sila betulkan. Pada saya, buah rambutan gula batu ni jenis rambutan terbaik di Malaysia. Rasa satu pasti nak makan lagi dan lagi.

isi buah rambutan gula batu

Puas hati betul dapat makan buah rambutan gula batu ni. Tengok tu macam gula batu rupa dia. Sebab tu dinamakan rambutan gula batu.

Apa beza rambutan gula batu dan anak sekolah? Siapa tahu? Mungkin beza dari ketebalan isinya. Persamaannya jenis longkah dan kurang berair. Rambutan anak sekolah paling popular di Malaysia. Ke?

pokok buah rambutan gula batu

Sambil petik sambil makan. Nikmat betul dapat makan buah rambutan petik dari pokok. Masih ada lagi buah rambutan gula batu yang masih muda. Rezeki untuk yang belum merasa lagi.

buah rambutan gula batu muda

Rambutan kebun keluarga abang ipar meriah betul buahnya. Rambutan kat tepi rumah mak baru je dipangkas beberapa bulan lepas. Musim buah ni tak berbuah pulak dia.