Birthday husband haritu, adik ipar dan mak mentua bagi kek birthday untuk husband. Adik ipar bagi Red velvet oreo brownies. Seingat saya, ini kali kedua saya dapat rasa red velvet brownies. Tapi yang ni versi ada lapisan oreo bawah sekali tu.

Brownies pun dah macam macam jenis ada. Setakat ni saya pernah buat brownies kedut biasa je. Itulah sekali saya buat. Tak tahu lah kenapa tak rajin nak membuat. Tak ada bakat sangat bab buat kek ni. Masak campak campak tu pandailah jugak.

Nak resepi red velvet oreo brownies, google je easy red velvet oreo brownies. Macam macam versi ada. Nak mencuba tu entah bila tak tahu lah. Sempena birthday husband, rezeki kita pun terselit sekali dapat merasa kek bantat (brownies) red velvet oreo ni. 

Red Velvet Oreo Brownies

Sebiji kek besar ni pun dibahagi bahagikan. Taklah kami makan berdua je. Kurang dari separuh je cukup untuk kami berdua. Brownies ni sejenis kek yang tahan lama. Jadi, tak perlu nak makan sekali dua hadap habiskan. Sehari sepotong brownies okay kot kan. 

Tapi tak sempat sampai seminggu pun simpan, sehari dua habis dah. Laku keras bila masa hujan. Bila hujan, perut pun meminta minta.

Red Velvet Oreo Brownies

Oniichan (Bahasa Jepun) maksudnya abang (Bahasa Melayu). 


Untuk orang Kuala Pilah dan terdekat yang teringin makan red velvet oreo brownies with cookies and cream yang sedap ni boleh membeli kat Lemon Vanilla Bakery.