Jarang sekali orang sebut kek marmar. Yang popular kek marble. Kan? Kek marble zaman sekarang pun bukan macam kek dulu. Dah upgrade dapat title kek marble jelita. Memang jelita betul. 

Perasan juga dekat instagram prettygula pun ada jual kek marble motif floral. Kemain cantik dia punya lukisan bunga atas kek. Macam lukisan! Kagum lah. Anugerah masing-masing Allah dah bagi elok-elok. Apa yang ada tu, kita gunakan sebaiknya.

Sebenarnya dah biasa beli kek marble tok wan di Kedai Kerepek Paroi tu. Murah dan sedap seiring dengan saiznya. Tapi disebabkan raya, banyak stok kek tak topup. Tak ada sebarang kek dekat rak. Makanya, kenalah mencari kat kedai kek lain.

Alang-alang Baker's Cottage yang tu terdekat baru bukak, maka kesana lah membeli kek marmar kot kot ada. Alhamdulillah rezeki saya dapatlah kek marmar yang di inginkan sekali dapat pakej kek red velvet.

Melayankan PMS (Premenstrual syndrome). Mood turun naik biasalah. Dia punya teringin mengalahkan orang mengidam. Ini bukan penangan cucuk vaksin ni. Side effects cucuk vaksin dah berlalu pergi. Setakat kebas kebas, mengantuk dan lapar itu biasa.

Okay, berbalik kepada kek marmar Baker's Cottage. Pertama kali saya nampak kek saiz besar gunakan bekas kertas. Yang biasa kita nampak guna bekas aluminium. Kek marble tok wan lagi rilek guna balut plastik je. Tak kisah lah bekas apa sekalipun, asalkan sedap.

Kek Marmar Baker's Cottage

Saiz kek marmar pun agak besar. Harga lebih kurang RM8 lebih kalau tak silap. Okaylah kan? Saya suka kek marble campuran coklat macam ni. Kek marmar klasik eh nama dia? Kek marble kampung? Ke ada nama lain? Rasa kek butter berselang seli rasa coklat. Sedap!

Kek Marmar Baker's Cottage

Tekstur kek yang lembut dan moist. Makan kek butter klasik tanpa sebarang krim pun sedap jugak. Kek lama dilupa jangan.