Seperti yang telah diumumkan oleh Kerajaan dalam Bantuan Khas COVID-19 (BKC), bermula Julai ini TNB akan memberikan diskaun bil elektrik 2021 antara 5 hingga 40 peratus dalam tempoh 3 bulan. 

diskaun bil elektrik 2021 PEMULIH

Rebat elektrik 2021 ini diberikan untuk pengguna domestik dan juga bukan domestik di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi secara bersasar. 

5% diskaun diberikan kepada pengguna elektrik Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di bawah kategori tarif komersial, industri dan pertanian spesifik di bawah voltan rendah yang akan memberi manfaat kepada 1.6 juta pelanggan TNB.

10% diskaun diberikan sehingga 31 Disember ini kepada pengguna elektrik di enam sektor perniagaan terpilih menerusi inisiatif Pemerkasa Plus iaitu :
  • pengendali hotel
  • agensi pengembaraan dan pelancongan
  • kompleks beli-belah
  • pusat konvensyen
  • taman tema
  • pejabat syarikat penerbangan tempatan

Diskaun bil elektrik ini sekurang kurangnya dapat membantu mengurangkan kos bil elektrik tinggi semasa PKP (Perintah Kawalan Pergerakan). Sedia maklum, bil elektrik PKP tinggi disebabkan kita semua duduk di rumah je.

Jadi penggunaan barang elektrik sudah tentu lebih daripada biasa. Sebelum ni juga ada diskaun bil elektrik semasa PKP dibawah program Bantuan Prihatin Elektrik (BPE) tambahan. Lega juga lah ada rebat. Tak perlu bayar bil elektrik sebulan masa PKP1.0 haritu. Siap ada negative lagi tu.

Syukur jugalah bila ada diskaun bil elektrik PKP3.0 juga. Sedikit sebanyak mengurangkan beban kita nak membayar bil elektrik tinggi ni. 

baca juga : punca-punca bil elektrik tinggi
                      cara bijak jimat elektrik

Diskaun bil elektrik pemulih untuk penggunaan elektrik bermula 1 Julai 2021. Selain itu, penangguhan pemotongan bekalan elektrik akan diberikan kepada pengguna domestik yang mempunyai tunggakan bil tidak melebihi enam bulan sehingga 30 September 2021.