Telefilem Misteri bilik bawah, sebuah telefilem cerekarama TV3 ulang siaran yang akan bersiaran pada Sabtu ini 3 Julai 2021 jam 10:00 malam. Misteri Bilik Bawah dibintangi oleh Nad Zainal, Zahiril Adzim, Dynas Mokhtar, Roy Azman, Nadia Mustafa, PU Rizz, Nisha dan ramai lagi.

Karya skrip daripada Rohaidah Haron, Khairul Anuar Mat Noor selaku pengarah dan diterbitkan oleh  ZK Creative Productios Sdn. Bhd.

Telefilem Misteri Bilik Bawah Cerekarama TV3

TELEFILEM MISTERI BILIK BAWAH

Waktu siaran : 3 Julai 2021 (Sabtu), jam 10:00 malam
Siaran TV : Slot Cerekarama TV3
Penulis skrip : Rohaidah Haron
Pengarah : Khairul Anuar Mat Noor
Produksi : ZK Creative Productios Sdn. Bhd.

SINOPSIS MISTERI BILIK BAWAH

Zalika sering bermimpi pelik-pelik. Mimpi tersebut kerap dan berterusan. Zalika mengesyaki sesuatu di bilik bawah yang berkunci. Ayah mentuanya melarang membuka bilik tersebut kerana mempunyai kaitan dengan gangguan yang dialaminya.

Manakala Arman tidak percaya dengan cerita Zalika sehinggakan berlakunya perselisihan faham antara mereka berdua. Selepas rahsia terbongkar ketika majlis tahlil dan doa selamat berlangsung, barulah Arman mempercayai segala kata-kata isterinya itu. Apakah misteri bilik bawah tersebut?

PELAKON DAN WATAK

  • Nad Zainal sebagai Zalika
  • Zahiril Adzim sebagai Arman
  • Dynas Mokhtar
  • Roy Azman
  • Nadia Mustafa
  • PU Rizz
  • Nisha

LAGU TEMA (OST) MISTERI BILIK BAWAH

Lagu : Sumpahan
Penyanyi : Schanuril