Telur, bahan asas masakan yang wajib ada di dapur. Hidangan telur paling ringkas boleh masak telur goreng makan dengan nasi dan kicap. Itu pun dah sedap dan nikmat. Makan pagi dengan sebiji dua telur rebus pun dah memadai. Kan?

Ada telur pun dah kira cukup untuk buat lauk. Macam-macam jenis menu masakan berasaskan telur yang boleh kita pelbagaikan selain telur goreng dan telur rebus. 

Aneka masakan telur 

  • Telur dadar
  • Telur dadar kucai
  • Telur masak kicap
  • Telur masak lemak cili api
  • Sup telur
  • Sambal telur pecah
  • Kari telur
  • Telur masak kurma
  • Telur air asam
  • Rasam telur
  • Telur bistik
  • Gulai telur
  • Scrambled eggs
  • Telur bungkus
  • Parpu telur
  • Telur masak taucu
  • Tumis telur cili api
  • Telur gulung
  • Sandwich telur goreng

Ada banyak lagi resipi telur yang boleh dipelbagaikan, sila tambah sendiri. Tak tahu nak masak apa untuk berbuka semalam, stok barang basah cuma ada ikan kembong dan udang sikit untuk buat rencah rencah. 

Masa ni lah kena jadi kreatif gunakan apa yang ada kat dapur tu. Tak rasa macam nak makan ikan. Teringin makan sambal telur pulak. So masak sambal telur je lah untuk berbuka semalam.

baca juga : cara simpan telur yang betul 

Bahan masak sambal telur pun tak banyak mana. 
 Resipi Sambal Telur Masak Cara Fiza

Bahan masak sambal telur

4 biji telur 
2 biji bawang besar (1 biji kisar, 1 biji potong bulat)
1 inci halia
2 ulas bawang putih
beberapa tangkai cili api (ikut kepedasan masing-masing)
2 sudu cili kisar
2 sudu sos cili
2 sudu sos tomato
1/4 garam bukit
Minyak masak
1 sudu gula pasir
Air secukupnya

Cara penyediaan

  1. Cuci telur dan rebus. Telur dah masak, buang kulit dan kemudian goreng garing. Lagi garing lagi sedap. Angkat dan ketepikan.
  2. Kisar bawang merah, bawang putih, halia dan cili api. Gunakan minyak yang sama mennggoreng telur tadi untuk menumis. Jika minyak banyak, kurangkan minyak sikit.
  3. Tumis sampai naik bau dan garing. Masukkan cili kisar, sos cili, sos tomato dan gula pasir. Biar garing sikit baru tambah air sikit.
  4. Masukkan telur rebus yang dah digoreng, hirisan bawang potong bulat, garam dan kacau rata. Siap!
Macam tu je lah resipi sambal telur masak cara saya. Kalau malas nak merebus tu, boleh je buat sambal telur mata goreng. Ataupun paling paling malas, boleh buat sambal telur pecah. Lagi senang, tumis bahan-bahan dan pecahkan telur je. 

Sambal telur terpaling sedap ikut selera saya dah tentulah telur rebus dan goreng dulu sebelum disambalkan. Resipi pun kadang kadang berubah ikut apa yang ada.