Anak Sena, sebuah drama melayu tv3 terkini menampilkan lakonan Ben Amir, Shasha Abedul, Nadia Aqilah dan ramai lagi. Drama Anak Sena episod 1 mula bersiaran pad 26 Ogos 2021 di Slot Lestary TV3.

Drama Anak Sena merupakan terbitan Kembara Sufi dibawah arahan Bahri Uma yang mengetengahkan kehidupan masyarakat orang asli terutamanya dalam pendidikan.

Drama Anak Sena Slot Lestary TV3

DRAMA ANAK SENA

Jumlah episod : 8
Mula tayangan : 26 Ogos 2021
Waktu siaran : Rabu-Sabtu, jam 9:00 malam
Siaran TV : Slot Lestary TV3
Penulis skrip : MF Kencana
Pengarah : Bahri Uma
Produksi : Kembara Sufi Production

SINOPSIS ANAK SENA

Berkisarkan tentang pengorbanan seorang guru dalam mendidik anak masyarakat Orang Asli. Wadi merupakan seorang pelajar anak Orang Asli yang mempunyai bakat dalam bidang sukan. Cikgu Amir cuba untuk mencungkil bakat dimiliki oleh Wadi.

PELAKON DAN WATAK

  • Ben Amir sebagai Cikgu Amir
  • Ruzaidi Abdul Rahman sebagai Tok Sena
  • Hadi Putra sebagai Wadi
  • Farah Ahmad sebagai Kiambang
  • Nadia Aqilah sebagai Kuntum
  • Shasha Abedul sebagai Fatin
  • Lan Siro sebagai Jati
  • Norshahira Malik sebagai Amira
  • Danish Iskandar sebagai Karim
  • Bazruzainizam
  • Habeeb Rasely
  • Sera Melissa
  • Akmal Ahmad
  • Azwan Ali