Pagi tadi kepeningan tak tahu nak masak apa untuk makan pagi. Sebabnya isnin sampai rabu sambung puasa enam straight. Alhamdulillah semalam selesai dah puasa enam, hari ni baru sambut raya. Tapi tak adalah juadah raya. 

Pagi tadi request kat husband beli je lah makanan. Cuti masak harini sempena raya, boleh kan? So husband belikan nasi kerabu ayam bakar, nasi lemak dan pulut sambal tumis. Nasi kerabu untuk saya sebab husband sejenis yang tak suka nasi kerabu.

Nasi lemak untuk dia dan pulut kami kongsi berdua. Lama tak makan pulut jadi teringin pulak. Kebetulan pergi beli nasi kerabu nampak kedai nasi lemak dan pulut tu bukak, itu yang husband pun membeli. 

Kira rezeki lah dapat merasa juga pulut kuning dan sambal tumis ni setelah sekian lama tak makan. Kalau saya masak pulut kuning mudah guna rice cooker je. Tapi sebab kurang rajin, terkubur je lah hasrat nak masak pulut kuning.

Pulut Kuning Dan Sambal Tumis

Biasanya saya akan guna resipi pulut kuning guna beras pulut susu berbanding beras pulut biasa. Jangan tanya saya beza rasa dia. Rasa macam sama je, boleh tak cakap macam tu.

Masih berbaki 4 hari lagi Kuncitara Fasa I. Harapnya kes terus menurun lah. Aaminn...