Lima hari lepas, jam 4:30 pagi mak mentua whatsapp husband bagitahu Pak Itam meninggal. Baru je uwan pergi 3 hari lepas (13 Jun 2021), anak sulung uwan meninggal (16 jun 2021) disebabkan stroke. Masa maknya (baca : uwan) meninggal pun masa tu Pak Itam kat hospital. 

Sehari sebelum meninggal doktor dah suruh bawa balik rumah sebab tak dapat buat apa-apa dah. Jenazah dikebumikan di sebelah kubur  maknya (uwan). Al fatihah buat arwah Pak Itam.

Hari yang sama, empat hari lepas juga anak buah saya whatsapp bagitahu abahnya positive COVID-19. Ikutkan 15 Jun sepatutnya abang saya dah berangkat ke Sudan semula bertugas. Tapi lepas swab test 14 Jun dia detected positive. Hari yang sama KKM datang ambil kat rumah dan kuanratin di MAEPS Serdang.

Sehari lepas masuk pusat kuanratin MAEPS Serdang, dia dipindahkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan disebabkan ada virus infection. Kakak ipar dan anak anak buat swab test juga.

Semalam result KKM keluar, result kakak ipar positive. KKM ambil kakak ipar dan bawak kuanratin ke MAEPS Serdang. 3 orang anak lelaki yang masa tu ada kat rumah  negative. Tapi masing masing kena pakai gelang juga sebab contact rapat dan cuti bekerja lah 3 orang tu.

Allahu...

لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ ٱلْعَلِيِّ ٱلْعَظِيمِ‎-There is no might nor strength except through Allah

Sesungguhnya saya speechless.. tak terluah segala kata kata dan perasaan. Tak dapat nak digambarkan dia punya tahap kerisauan, ketakutan dan macam-macam perasaan lagi. Rasa tak kuat! Sungguh!

Abang saya paling jaga SOP, paling duduk rumah, tahu tahu boleh terkena virus COVID-19. Mulanya anak anak pun ingat symptom biasa je lepas vaksin. Lemah dan batuk-batuk. Abang dan kakak ipar vaksin 24 Mei lepas. Rutin biasa keluar untuk restock barang je.

Variant baru sangat sangat sangat bahaya. Bila kepadatan virus dalam udara tinggi, bawaan udara atau 'airborne' boleh terkena pada sesiapa juga yang berada pada jarak lebih daripada 2 meter. 

Ini salah satu punca peningkatan kes baru. Kita tak tahu siapa pembawa. Ada juga kes duduk rumah pun boleh terkena. Mungkin dari orang yang datang atau penghuni rumah yang membawa virus tanpa sedar. 

Result darah abang tak berapa okay. Masih ada virus lagi. Kena teruskan rawatan lagi. Abang saya dipakaikan gelang putih, berisiko rendah. Harapnya semua baik baik je. Kena kuat semangat melawan virus jahat ni. 

Praying hard for them to come back home stronger and healthy.

Abang ketiga saya pun warded beberapa hari sebab darah tinggi. Tiba-tiba pulak, sedangkan sebelum ni tak ada pun penyakit tu. Mak pulak terjatuh tak stabil bila berdiri. Kaki pun belum elok sepenuhnya. Mengadu sakit kaki sampai kena dukung jugaklah lepas appointment doktor haritu.

Macam macam perkhabaran sedih beberapa hari ni. Sungguh tak terluah. Allah uji anak dengan sakit mak ayah. Mak ayah juga diuji dengan sakit anak-anak. Hanya mampu berdoa dan semoga semuanya akan baik-baik je. Aaminn...

Menyepi dua tiga harini rasa macam tak tahu nak cerita apa dah. Tak terluah apa nak diceritakan. Sehari dua ni pun sakit perut. Kerap masuk bilik termenung. Sehari lebih 5 kali masuk. Makan buang makan buang je lah kerjanya. Silap makan agaknya atau terlebih makan buah. Makan buah oren je kot. Tak kanlah kot. Silap makan ni. 

anxiety attacks can be triggered for no reason at all

Semoga Allah berikan kita kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi situasi pandemik ni.

Doa Memohon Perlindungan Daripada Wabak COVID-19

‎بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

“Dengan nama Allah yang tidak memberi mudharat akan sesuatu yang di bumi dan yang dilangit (selagi) bersama dengan Nama-Nya dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
-Hadith Riwayat Abu Daud, Tirmidzi

‎اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْبَرَصِ وَالْجُنُونِ وَالْجُذَامِ وَمِنْ سَيِّئِ الأَسْقَامِ

“Ya Allah aku berlindung denganMu daripada penyakit sopak, penyakit gila, penyakit kusta dan daripada segala penyakit berbahaya yang lain.”
-Hadith Riwayat Abu Daud