Swacinta, satu istilah Bahasa Melayu baru saya dengar di twitter. Kedengaran bunyi sebutan 'swacinta' macam menarik. Saya pun carilah dalam Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PPRM). Kot kotlah ada dalam dewan bahasa dan pustaka.

Istilah Swacinta masih belum ada huraian terperinci lagi dalam kamus dewan bahasa dan pustaka. 

Istilah sumber : Self love
Istilah sasar : swacinta
Bidang : Kesenian

Swacinta-Self-Love
Gunung Datuk, 2nd time 2017



Sumber dari wikipedia pula, ini maksud swacinta.

Swacinta

Swacinta (Bahasa Inggeris: self-love) ditakrifkan "cinta akan diri" atau "mengambil berat terhadap kebahagiaan atau kebaikan sendiri".

Itu huraian ringkasnya. Boleh rujuk wikipedia swacinta untuk maklumat lebih lanjut.

Bunyi dah sedap dah tapi nak buat ayat terus macam otak blur kejap. Simpan dulu lah, nanti-nanti kita fikirkan mana nak guna kosa kata istilah swacinta ni.