Balik dari kampung, terus gigih siapkan hadiah untuk pemenang giveaway sampul duit raya hipster. Pemenang utama semua dah claim hadiah cuma hadiah nombor 3 baru claim harini. Jadinya tunggu next batch.

Hadiah Sampul Raya Hipster

Pemenang hadiah pertama dapat 50pcs sampul duit raya hipster. Pemenang nombor 2 dapat 40pcs sampul raya hipster.

Hadiah Sampul Raya Hipster

Siapkan juga hadiah saguhati mana yang dah claim minggu lepas dan awal minggu ni. Yang bagi details harini, akan proceed next batch ye. Harap dapat menanti dengan sabar. Yang mana ada email tak berbalas tu, silalah balas untuk saya proceed.

Yang tak claim saguhati lagi, jika sudi terima bolehlah bagi maklumat gunakan contact form kat sidebar. Saya tunggu je. Lambat bagi details, lambat lah dapat nanti. 
Hadiah Sampul Raya Hipster

Semua ni saya akan poskan esok. Harapnya hadiah saguhati selamat sampai nanti sebab saya gunakan setem je. Hadiah utama je saya gunakan prabayar pos laju sebab tebal.

Terima kasih untuk semua yang sudi terima hadiah dari saya. Mood nak rehat topup masa tidur yang tak cukup beberapa hari lepas tak kesampaian. Order baru masuk, kita sambung lagi bekerja. Lepas ni barulah boleh rehat.