Buka twitter, tengok kat trending in Malaysia  #Neelofa #Muslim Friendly. Apakah? Lahhh rupanya Neelofa ada projek kolaborasi dengan jenama selipar terkenal fFipper tu.

Fipper x TheNoor app Neelofa akan mengeluarkan selipar muslim friendly. Yang menjadi persoalannya, muslim friendly?

Selipar Muslim Friendly Fipper x The Noor
tangkap layar ig @thenoor

Inilah dia rupa sebenar selipar muslim friendly/mesra muslim. Jenis 'slip on'. Lepas tu, fipper pun keluarkan kenyataan apakah yang dimaksudkan dengan "muslim friendly" tu.

Penjelasan Isu "Muslim Friendly" Slippers
tangkap layar ig @thenoor

Penjelasan Isu "Muslim Friendly" Slippers

Salam Sejahtera,
Pihak Fipper ingin memberi penjelasan berkenaan isu "Muslim Friendly" Yang tular di medis sosial ketika ini. Produk Slip On, Fipper x TheNoor sesuai untuk kegunaan Muslimah yang memakai stokin, kerana produk kami sebelum ini kurang bersesuaian dengan imej muslimah yang berstokin seperti yang dinyatakan di dalam press release sebelum ini. Pihak Fipper ingin memohon maaf atas kekeliruan yang berlaku.

Macam macam kisah ye. Apapun berkaitan dengan agama tak boleh sebarang cakap tanpa penjelasan.