Salam Jumaat. Bulan Ramadhan, bulan yang mulia dan barakah bagi umat Islam. Beberapa hari lagi kita akan memasuki bulan Ramadhan. Hukum puasa adalah WAJIB bagi yang cukup syarat menunaikan ibadah puasa. Jangan mengelat. 

Dulu zaman kanak-kanak mula nak belajar puasa bolehlah nak mengelat puasa yang yok. Puasa yang yok, pagi-pagi buka periuk!

Puasa dalam Islam

Maksud puasa dari segi bahasa, menahan diri. Dari istilah syarak puasa maksudnya menahan diri daripada makan, minum dan perkaraa-perkara yang membatalkan puasa bermula daripada terbit fajar sehingga terbenam matahari disertai dengan niat.

Niat puasa bulan Ramadhan

Lafaz niat puasa harian di bulan Ramadhan
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ أَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
Nawaitu Souma Ghadin ‘An Ada-‘i, Fardhi Syahri Ramadhana Hazihis Sanati Lil’lahi Ta’ala
 
Maksudnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala

Lafaz niat puasa sebulan di bulan Ramadhan
نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى
Nawaitu Souma Syahri Ramadhana Kul’lihi Lil’lahi Ta’ala
 
Maksudnya: Sahaja aku berpuasa keseluruhan pada bulan Ramadhan kerana Allah Ta’ala

Waktu Niat Puasa Ramadhan

Waktu berniat bermula daripada terbenam matahari, iaitu masuk waktu sembahyang fardhu Maghrib hinggalah sebelum terbit fajar shadiq waktu Subuh. 

Niat Pusa Setiap malam atau niat sebulan sekaligus
sumber MUFTI Wilayah Persekutuan


Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak 2021 1442H Malaysia

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menyediakan jadual waktu berbuka puasa dan imsak tahun 2021 1442H untuk negeri negeri seluruh Malaysia menerusi laman web rasmi JAKIM.

Boleh semak zon kawasan masing-masing dan download siap-siap. 

Download jadual waktu berbuka puasa dan imsak 2021 negeri negeri seluruh Malaysia

Sumber: JAKIM (https://www.islam.gov.my/ms/)