Drama Ramadani, sebuah drama mini akan ditayangkan sepanjang bulan Ramadan. Ramadani episode 1 akan ditayangkan pada 18 April 2021, setiap hari Ahad jam 9 malam di TV3.

Drama Ramadani TV3

DRAMA RAMADANI

Jumlah episod : 4
Mula tayangan : 18 April 2021
Waktu siaran : Ahad, jam 9:00 malam
Siaran TV : TV3 (Istimewa Ramadan)
Penulis skrip : Azlina Pa'wan
Pengarah : Eoon Shuhaini
Produksi : Saphire Screen Sdn Bhd

SINOPSIS RAMADANI

Mohd Ramadani, seorang budak lelaki berumur 10 tahun merupakan anak ahli perniagaan yang sentiasa dimanjakan oleh ayahnya. Pengasuh Ramadani pula sentiasa bertukar kerana tiada seorang pun yang mampu bertahan dengan karenah Ramadani.

Selepas ayahnya membawa pulang Faizal dan Mira iaitu dua adik-beradik gelandangan, hidup dan sikap Ramadani mula berubah.

PELAKON DAN WATAK

  • Nik Adam Mika sebagai Danny
  • Dhia Irdina sebagai Mira
  • Ummar Dzariff sebagai Faizal
  • Adrianna Qasmia sebagai Khatijah
  • Syamsul Yusof sebagai Rahmat
  • Bella Astillah sebagai Lydia
  • Azlee Khairi sebagai Bahar
  • Hannah Delisha
  • Ieda Moin
  • Zazly Baginda
  • Shaharuddin Thamby