Baru je nak semangat masuk dapur pagi ni nak masak maggi goreng mamak kononnya. Dan dan tu pulak air takde. Tengok kat portal syarikat air. Sah! Air memang takde. Ada kebocoran paip jalan utama dan dijangkakan siap tengahari nanti.

Bila tak ada air ni, mood memasak dari gred A terus ke gred M. Aduii..terus rasa stress dengan diri sendiri. Order makanan lah siap-siap. Takde air ni pun tak tahu sampai pukul berapa baru nak ada. Dah tengahari ni pun masih takde lagi.

Order soto ayam special, laksa special dan nasi goreng ayam kunyit untuk husband. Laksa untuk makan petang nanti. Stand by siap-siap. 

Tempting tengok soto ayam dia yang banyak ni. Tapi sayang taugeh nan hado! Sensitip tau kalau tak ada taugeh. Boleh bawa gaduh macam ni. Mujurlah soto ayam ni sedap. Ada taugeh lagi sedap.
 
Soto Ayam Peladang Cafe

Begedil seketul besar, nasi impit pun banyak, Suhun pun banyak gila. Sambal kicap kurang pedas. Takpe, stok sambal kicap dalam peti ais ada sebagai penyelamat.

Soto ayam special RM8
Nasi goreng ayam kunyit RM9
Laksa Special RM7
Delivery charge RM5.29

Bila air takde tergendala kerja rumah. Kalau sekali elektrik tak ada lagi parah, satu kerja pun tak leh jalan. Dah ada air nanti pun confirm air keruh gila macam teh ais. Memang taklah basuh baju ke masak ke. 

Serabut pulak rasa harini bila tergendala nak buat kerja rumah.