Minggu ni bukan je panas dengan cuaca, jualan emas sama naik panas dia. Harga semasa emas terkini 2021 tengah murah katanya. Tambah lagi masing-masing dah keluarkan i-sinar. Buat modal beli emas murah untuk simpanan mungkin. Siapa tahu, kan? Fikir positif je lah.

Patutlah pun masa balik Kuala Pilah haritu, semua kedai emas sepanjang jalan utama penuh dengan ramai orang beratur sampai luar kedai emas. Bukan satu kedai je penuh ramai orang, semua kedai! Masing-masing pakat beli emas rupanya.

Baru tahu harga emas 1 gram hari ini dah murah. Kalau nak tahu, Kuala Pilah lubuk emas murah. 


Daripada apa yang saya baca dalam berita tu, murah dia boleh tahan banyak juga tu. 

Kenapa emas Kuala Pilah murah? 

  • Kebanyakkan kedai emas Kuala Pilah tanpa upah kerana mereka lah pekerja dan mereka jugalah bos.
  • Mereka juga tidak perlu membayar duit sewa yang mahal kedai kerana premis perniagaan itu adalah milik mereka sendiri.
  • Emas murah di Kuala Pilah kerana mereka tidak terikat dengan Persatuan Peniaga Emas Malaysia

Begitulah ceritanya. Risau juga kan dalam masa harga emas 916 hari ini tengah murah ada yang mengambil kesempatan pulak jual emas yang palsu. 

Entah kenapa tak terdetik pulak di hati nak membeli emas Kuala Pilah walaupun orang cakap murah. Mungkin bukan peminat emas. Setiap orang kan minat dia lain-lain. 

                    cuci emas dan upah tukang percuma

Harga Emas 916 terkini

Untuk ketahui harga semasa emas, boleh semak di website : live.hargaemas.my. Boleh semak setiap hari perkembangan harga emas. Mana tahu tengah berkira kira nak membeli emas masa harga tengah betul-betul murah.

Di bawah ni paparan harga emas 916 hari ini 10 Mac 2021, RM228.05.

Harga Emas Terkini 2021

Sekarang tengah mabuk design emas ketum, kan? Cantik design emas sekarang ni. Macam -macam jenis design ada tak macam dulu, design agak terhad. 
                   3 jenis cincin dalam perkahwinan

Jenis-Jenis Emas 

1. Emas 24K atau emas 999 atau emas 999.9 atau emas sepuluh

Kandungan emas adalah 99.9%, merupakan emas tulen yang paling mahal. Emas 24k atau emas 99.9% Digunakan untuk barang perhiasan, pelaburan dan juga peralatan perubatan.

2. Emas 22K atau emas 916 atau 917

Mengandungi emas sebanyak 91.6% atau 22/24. Emas 222k adalah perhiasan paling tulen dalam barangan kemas yang mempunyai warna kuning keemasan. Sangat sesuai untuk dijadikan emas perhiasan yang kosong tanpa permata kerana sejenis emas yang lembut.

3. Emas 21K atau emas 875

Memiliki emas sebanyak 87.5%. Merupakan emas perhiasan tulen dalam barang kemas yang warnanya keemasan. Sama juga dengan emas 22k, emas perhiasan kosong tanpa permata dan tidak boleh dipadankan dengan permata. 

4. Emas 20K atau emas 833

Emas 20k mengandungi emas sejumlah 83.3%. Merupakan emas perhiasan tulen dalam barang kemas yang berwarna kuning keemasan. Tidak sesuai untuk pelaburan atau dihiasi dengan permata.

5. Emas 18K atau emas 750

Kandungan emas adalah 75.0%. Emas perhiasan yang seimbang dari segi ketahanan dan ketulenan emas dengan aloi yang lebih keras, kukuh, lebih tahan lama dan selamat dari tindak balas alergi pada orang yang sensitif kepada nikel. Merupakan emas perhiasan dengan bentuk menarik dihiasi permata.

6. Emas 14K atau emas 585

Kandungan emas adalah 58.5%. Emas perhiasan yang seimbang antara ketahanan dan ketulenan emas dengan aloi lebih keras, kukuh, lebih tahan lama dan lebih lasak namun tidak selamat dari tindak balas alergi pada orang yang sensitif kepada nikel. 

Emas perhiasan dengan bentuk menarik, mempunyai permata dan pelbagai warna. Sejenis emas yang lebih banyak logam dari emas.

7. Emas 10K atau emas 417

Kandungan emas adalah 41.7%. Emas perhiasan yang lebih keras, kukuh, lebih tahan lama, tidak calar atau bengkok dan lebih lasak namun tidak selamat dari tindak balas alergi pada orang yang sensitif kepada nikel.  Emas perhiasan dengan bentuk menarik, mempunyai permata dan pelbagai warna. Emas berketulenan 10K..

8. Emas 9K atau emas 375 atau suasa

Kandungan emas adalah 37.5%. Kebiasaannya digunakan untuk membuat cincin suasa untuk lelaki.