Pian masih bercakap di telefon dengan abangnya Naim. Pian minta tolong Naim supaya menasihatkan Ezlan supaya tidak berkahwin dengan Laila kerana kesian pada Rai. Pian juga memberitahu yang Laila 'guna-guna' kan Ezlan.

Seram Naim mendengarnya. Sedang Pian rancak berbual dengan Naim, Mak Su muncul dan memarahi Pian. Rupanya Pak Leh yang report dekat Mak Su yang dia ternampak Pian dan Rai berdua.

Rose, isteri Naim terlalu taksub berkawan dengan Laila sebab kagum dengan kecantikan Laila. Nasihat Naim sikit pun tidak dia pedulikannya.

Di Rumah Laila
Pak Darus dan Mak Wan bersembang untuk menyelamatkan keadaan. Mereka tak nak Laila terus terpesong. Mereka bercadang untuk meminta bantuan daripada Hadi, bekas suami Laila.

Aku Yang Kau Gelar Isteri Episode 7
tangkap layar aku yang kau gelar isteri episode 7



Di rumah Mak Lang
Pak Leh datang ke rumah Mak Lang untuk bawa Mak Lang ke klinik. Rai ambil peluang untuk memagar rumahnya. Laila muncul dan tiba-tiba dia terhenti langkahnya untuk masuk ke dalam rumah.

Laila tetap mahu berkahwin dengan Ezlan. Rai secara spontan menampar Laila. Sakit hatinya mendengar. Ezlan pula tak nak lepaskan Rai. Dalam masa yang sama dia ingin berkahwin dengan Laila.

Seminggu kemudian, Laila datang semula di rumah Ezlan di kampung walaupun dah berkali kali Cik Embun nasihatkan jangan kerap balik kampung. Dia risau kalau Laila terlanggar pantang larangnya.

Laila berkeras juga nak balik kampung selagi tak dapat Ezlan. Mak Lang paling teruja nak kahwinkan Ezlan dengan Laila. Dapatlah dia menumpang senang.

Mak Su rimas dengan cerita cerita Pian dengan Rai. Mak Su bercadang nak suruh Naim bawa Pian ke rumahnya supaya Pian tak dekat lagi dengan Rai. Niat Pian hanya membantu je. Maryam, kekasih Pian pun dah menasihati Pian supaya tak campur hal orang lain.

Cik Embun datang ke rumah Laila. Mak Wan juga menasihati Cik Embun supaya tak buat perkara terkutuk. Dengan Laila bolehlah dia berlembut. Dengan aku jangan haraplah, kata Cik Embun.

Sedang Rai mengupas kelapa, Mak Lang bising bising marahkan Rai. Rai tak puas hati membalas kata-kata Mak Lang. Terus Mak Lang rasa pening dan pengsan.

Laila di hospital dengan Laila. Ezlan telefon Pian untuk tengokkan Rai di rumah.

Bersambung...