Nak tahu cerita tak? Tak nak tahu pun, nak bagitahu jugak! Dulu saya sejenis tak makan laksa. Istilah sebenar dia tak suka laksa. Tak tahu kenapa rasa macam tekak tak boleh terima.

Ditakdirkan sambung belajar kat UiTM Penang. Ambil Diploma masa tu. Semester 1 baru nak berkenalan dengan makanan utara, semester 2 mencuba cuba makan laksa. Mula-mula macam nak muntah sebab saya tahu dalam laksa ada bunga kantan.

Dan saya bukan penggemar bunga kantan. Baunya yang kuat memang susah hidung nak hadam. Satu hari tu di bulan puasa, keluar ramai ramai pergi bazaar ramadhan. Masing-masing membeli laksa, sedap katanya! Saya pun ikut ikut membeli laksa juga. Padahal tahu tak makan laksa masa tu.

Disebabkan bazaar ramadhan tu ramai orang dan malas nak tunggu, saya beli je janji ada makanan untuk berbuka. Ada hikmah disebalik pembelian laksa tu yang membuatkan saya tersuka pada Laksa.

Mula mula Rasa sesudu saya macam nak muntah. Tapi selepas sesudu tu saya cuba makan lagi dan lagi. Tak sedar habis semangkuk. Haa nampak macam tipu benar tak makan laksa masa tu. Kah! Otak bergaduh dengan lidah, suka ke tidak sebenarnya? 

Macam magik pun ada. Apalah rahsia kuah laksa sedap tu agaknya ye? Mungkin masa tu laksa tu memang sedap kurang bau bunga kantan kot. Itu bukan persoalannya sekarang sebab sekarang dah suka makan laksa. Yay!

Cuma husband je yang masih tak suka makan laksa. Tak tahu lah kenapa. Biasalah kalau tak makan sesuatu tu, bukan pelik pun. Selera lain-lain. 

Disebabkan dia tahu saya suka makan laksa, dia beli lah sebungkus laksa. Kalau nak tunggu buat sendiri memang taklah. Nak masak untuk sorang je makan memang malas lah kita awak!

Laksa utara sedap baq hang!

Macam tahu tahu je lama tak makan laksa. Alhamdulillah dapat juga makan semangkuk laksa yang sedap. Syukur dapat makan laksa sedap bila dah lama tak makan. 

Husband beli dekat jalan persiaran desa rhu 1. Jual depan rumah je. Tak ada nama kedai. Lupa dah! Macam laksa ni dapat banyak juga semangkuk. Harga sebekas RM2.50. Eh, silap! Husband kata RM2 jer!

Tak pasti juga laksa tu laksa Penang ka, Kedah ka, Perlis ka. Yang saya tahu laksa utara memang sedap baq hang!