MAGGI® memperkenalkan mi goreng citarasa Malaysia. Ada yang dah cuba? Dah lama mencari, baru sekarang dapat cuba rasa. Agak terlajak laris juga ye mi goreng baharu Maggi ni.

MAGGI® Mi Goreng ada 2 perisa baharu iaitu :
  • Mi goreng perisa sambal tumis ikan bilis
  • Mi goreng perisa cili ala kampung

MAGGI® Mi Goreng perisa sambal tumis ikan bilis

Dihasilkan daripada bahan-bahan sebenar seperti ikan bilis, cili, bawang dan bawang putih. Mi kenyal 100% diperbuat daripada gandum dari Australia.
 

MAGGI® Mi Goreng perisa cili ala kampung

Dihasilkan daripada bahan-bahan sebenar seperti cili, bawang dan bawang putih. Mi kenyal 100% diperbuat daripada gandum dari Australia.

Tapi saya dapat cuba mi goreng cili ala kampung je. Jadilah kan, dapat rasa. Nak juga into the scene mencuba benda-benda baru yang agak viral mungkin? sebab tu cepat habis.

Cara saya masak. Tumiskan bawang putih, bawang merah dan cili api. Pecahkan telur, masukkan kacang panjang potong kecil dan juga sawi bunga. Masukkan mi maggi yang dah rebus dan toskan, masukkan segala perencah dan kacau rata.

Akhir sekali baru taburkan kriuk kriuk tu.

Mi Goreng Cili Ala Kampung Maggi

Kalau malas tumis, boleh je rendam mi maggi dengan air panas. Toskan dan masukkan dalam mangkuk, masukkan perencah dan kacau rata. Mudah je pun.

Rasa mi goreng cili ala kampung maggi ni tak lah sepedas yang disangka walaupun dah tumis dengan cili kampung sebenar. Mungkin saya letak 2 tangkai cili je. Perisa pun guna serbuk cili, jadi tahap kepedasan tu tak sangat.

Orang tak makan pedas boleh makan ni. Tak pedas walaupun cili ala kampung. Mi segera dia kenyal dan sedap dikunyah. Kesimpulan dia, mi goreng cili ala kampung maggi ni sedap! Boleh repeat lagi.

Masak 3 bungkus untuk 2 orang kenyang makan. Tinggal 2 bungkus boleh buat stok bila lapar atau tak ada selera nak makan nasi.

Mi Goreng Cili Ala Kampung Maggi

Lepas ni nak cuba perisa sambal tumis ikan bilis pulak. Kalaulah ada rezeki jumpa.