Lama betul tak makan kuih muih tradisional yang berasaskan bertepung pulut, santan dengan inti kelapa. Kuih koci, badak berendam, kuih sopang kuih tradisional yang menggunakan bahan asas yang sama tapi rupa dan cara penyediaan berbeza. 

Apa lagi kuih yang  lebih kurang serupa macam tu? 3 tu je yang terlintas dalam kepala. 

Sejarah kuih badak berendam

Dinamakan badak berendam kerana kuih ini seperti sekumpulan badak yang  sedang berendam di dalam lumpur. Bentuk badan badak yang terendam dalam lumpur kelihatan bulat. 

Begitulah al kisahnya sejarah kuih badak berendam.

Pesan kat husband, on the way balik rumah tolong belikan laksa. Tiba-tiba rasa macam nak makan laksa pulak.

Husband kata rezeki saya dapat laksa ni sebab tinggal satu je last tu. Alhamdulillah..

Dia beli sekali badak berendam sebab dia tahu saya suka badak berendam. Sebelum ni balik segamat, kedai favourite jual badak berendam tu memanjang tutup. 

Nikmat betul bila dapat makan something yang dah lama kita teringin nak makan. Nak buat sendiri tu, aduhaiii..dia lagi sedap bila orang pandai buat tu yang buatkan. Setuju tak? Ayat mengelat nak kerja senang je cerita dia. 

Kuih Badak Berendam


Boleh tahan besar sebiji badak ni. Harga badak berendam sebiji RM0.50 sen. Beli 4 biji cukuplah untuk merasa. Nak makan banyak dan puas hati, sila buat sendiri.  Susah nak dapat kelapa muda parut yang elok. Beli kat kedai, ada kelapa tua, lepas tu diparut sekali sampai ke tempurung kelapa. Aduh!

Spoil mood nak membuat inti. Terus tak jadi buat kuih. Jadikan santan je lah gitu. Sudahnya kuih kita beli je. Kalau dapat balik kampung ni, dah lama suruh kakak buat kuih badak berendam. Dia pakar bab membuat kuih tradisional ni. Order pakai air liur je!

                    resipi kuih badak berendam versi kuih tako