Telefilem Legenda Puteri Felora akan bersiaran pada 13 Januari (Rabu), jam 9:00 malam di Astro Ceria HD (611) dan juga Astro Ceria (631). Telefilem Lagenda Puteri Felora juga boleh ditonton secara strim melalui aplikasi GO dan on demand.

Legenda Puteri Felora (Astro Ceria)
sumber : Astro Ceria


TELEFILEM LEGENDA PUTERI FELORA

Waktu tayangan : 13 Januari 2021( Rabu), 9:00 malam
Siaran TV : Astro Ceria HD (611) & Astro Ceria (631)
Penulis skrip : Sofia J Rhyland
Pengarah : Ben Nambiar
Produksi : Arie Zaharie Production Sdn Bhd

PELAKON DAN WATAK

  • Ruhainies sebagai Puteri Felora
  • Aiman Tino sebagai Putera Ares
  • Dini Schatzmann sebagai Putera Flammar
  • Cik B sebagai Mangko si arnab
  • Dato` Fizz Fairuz sebagai Papa
  • Lana Nodin sebagai Nenek Gora
  • Vanidah Imran sebagai Mama
  • Dynas Mokhtar sebagai Permaisuri Zenab

SINOPSIS LEGENDA PUTERI FELORA

Puteri Felora (Ruhainies) merupakan puteri tunggal kerajaan Azania. Puteri Feloria ni seorang yang tidak menurut perintah ibu bapanya. Akibatnya, Puteri Felora terperangkap di zaman moden bersama arnab kesayangannya iaitu Mangko (Cik B). 

Di dalam dunia moden, Puteri Felora diselamatkan oleh Mama (Vanidah Imran) dan keluarganya. Akan tetapi Puteri Felora perlu segera mencari jalan kembali ke kerajaan Azania untuk menyelamatkan kerajaan Azania dari kemusnahan.

LAGU TEMA (OST) LAGENDA PUTERI FELORA

Lagu: Ubah
Penyanyi: Erissa Puteri
Komposer: Mohariz Yaakup 
Lirik: Lydia Ibtisam