Kebuntuan betul malam tadi tak tahu nak makan apa. Bila dah keluar tanda tanda tak selera nak makan masakan sendiri, lepas tu tak tahu tekak ni nak makan apa. Husband bagi cadangan “makan nasi lemak ayam KFC nak tak?”.

Ermmm.. okaylah. Tengah bercelaru ni memang otak tak boleh generate nak fikir makan apa dah. Lepas tu dia tak selari dengan kehendak tekak. Blur!

Keluarlah husband sorang membeli nasi lemak ayam KFC special. Beli kat kedai favourite dia. 

Kedai ni boleh dikatakan legend lah kat area Ampangan, Seremban. Dah lama dia bertapak kat situ. Rasa dia pun tak pernah berubah katanya.

Nasi Lemak Ayam KFC Special

Ayam KFC yang buatkan nasi lemak dia unik. Ayam ala KFC gitu. Tapi dalam menu tulis nasi lemak ayam KFC special. Jangan KFC claim macam harimau menangis tu sudah lah ye. 

Ni dia rupa nasi lemak ayam KFC special tu. Portion nasi dia banyak. Sambal nasi lemak dia so so je pada saya. Tak pedas. Kalau pedas sikit mungkin akan mengubah rasa dia jadi lebih sedap.

Nasi Lemak Ayam KFC Special
food plating kurang menarik sebab terus terjunkan dia dari bungkusan. 

Melengkapkan hidangan nasi lemak, adalah sehiris timun dan beberapa butir kacang tanah goreng. Ikan bilis tak kelihatan, menyorok pun tidak. Maknanya tak ada. Mungkin dah di blend sekali dalam sambal nasi lemak.

Ada tambahan sayur tumis kacang dan kobis., satu lagi keunikan hidangan nasi lemak ayam KFC special ni. Paling penting ayam KFC dia tu. Ayam ala KFC tu rangup. Salutan tepung ayam tu pun sedap rasa dia. Tahap sedap dia bawah KFC sikit lah. Boleh?

Tapi kan, kalau makan kat kedai dapat makan panas-panas ayam KFC rangup tu memang sedap lah cerita dia.

Yang berdekatan mungkin dah biasa makan kat sini. Bila pergi membeli, tak pernah tak ramai. Kedai legend ni mengekalkan tahap kesedapan dia, haruslah orang datang dan datang lagi.

Selain nasi lemak, ade menu lain juga.

NASI LEMAK AYAM JAMAL AMPANGAN

Tauhu begedil 6 PCS - RM7
Nasi lemak ayam KFC special - RM7.50
Mee kari - RM5
Laksa - RM5
Rojak mee - RM5
Mee/Mihun Sup Daging/Tulang - RM6/RM7

Masakan panas
Nasi goreng ayam/kampung/Ciliapi/paprik - RM6
Mee/mihun/kuetiaw Grg/sup - RM6
Cod bermula pukul 4 ptg sehingga 8 mlm

Ada juga perkhidmatan penghantaran di kawasan berikut :
  • Senawang
  • ampangan
  • paroi
  • panchor
  • sikamat
  • rasah jaya
Waktu operasi dari pukul 4petang sampai 12 tengah malam.

whatsapp : 60136025635
facebook : https://www.facebook.com/N.LEMAK.JAMAL/
Lokasi : Batu 2/3 Setengah Jalan Ampangan Kuala Pilah, 70400 Seremban, Negeri Sembilan
Notapink : bukan entry berbayar. Promote sebab sedap. Dan ini bukan nasi lemak atuk KFC tu ye. Jangan salah pemahaman.