Ingat lagi zaman kanak kanak ribena dulu. Bila tiba hari raya, sibuk tolong kakak ngan mak buat kuih raya lidah buaya. 

Lidah buaya? Siapalah bagi nama lidah buaya tu ek? Kita panggil kuih lidah je lah. Takut pulak nak panggil lidah buaya. 

Kuih Lidah Buaya

Kuih lidah buaya, dikenali juga dengan nama kuih tiram, kuih selayang, kerepek layang, kuih kertas, kuih lidah kucing dan kuih kapal terbang. Sejenis kuih traditional melayu yang biasa didapati ketika hari perayaan dan kini semakin banyak dijual di pasaran.

Kuih tiram dijadikan sebagai hidangan minum petang bersama minuman panas. Sesuai juga dijadikan sebagai kudap-kudapan.

Kenangan betul buat kuih lidah ni. Paling suka bab tolong masukkan doh dalam mesin canai tu. Makin dewasa, makin banyak kuih tunjuk tunjuk (baca : kuih beli), makin kurang membuat kuih kuih raya.

Terasa rindu betul zaman bersusah payah buat kuih raya tu, kan?

Bagus jugalah kuih tradisional masih lagi dibuat dan dijual. Takdelah generasi zaman sekarang tak kenal kuih dulu dulu.

Zaman rajin buat kuih lidah ni memang suka makan. Lagi lagi bila buat sendiri kena dengan selera sendiri. Lama gila tak makan kuih lidah.

Rezeki lah mak datang singgah semalam bawa kacang salut tepung dengan kuih lidah sekali. Suka jenis kuih lidah yang nipis nipis dan rangup. 

Kuih Lidah @Kuih Tiram

Resepi Kuih Lidah Buaya/ Kuih Tiram

Bahan-bahan Doh

1kilo tepung gandum
1cawan tepung ubi
1biji telur
Air utk menguli
Sedikit garam

Bahan sapuan

*2sudu mkn butter
*5sudu mkn minyak masak
7sudu mkn tepung jagung

Bahan-bahan salut

Gula kastor

Cara membuat doh kuih lidah buaya/kuih tiram

Satukan tepung gandum, tepung sagu dan telur. Uli bersama air garam sehingga menjadi doh. Bahagikan doh kepada 8 bahagian

Cara membuat sapuan

Panaskan bahan yg bertanda*. Kemudian curah kedalam tepung jagung dan kacau rata.

Cara membuat kuih lidah buaya/kuih tiram

  1. Ambil seketul doh canai nipis
  2. Kemudian sapu rata adunan sapuan tadi dan gulung doh.
  3. Setelah gulung doh, potong lebih kurang 1/2 inci secara menyerong.
  4. Susun atas dulang yang telah ditaburkan tepung supaya tidak melekat sebelum menggoreng.
  5. Selepas habis adunan tepung, panaskan minyak dan goreng.
  6. Angkat dan toskan. Bila dan sejuk baru salutkan kuih dengan gula kastor.
  7. Simpan dalam bekas kedap udara untuk kekalkan kerangupan kuih lidah buaya/kuih tiram ni.
kredit to Resepi Mak Saya
[ca.nai] | چاناي
Definisi : batu ~ batu yang digunakan untuk me­ngasah sesuatu.
 
mencanai 
1 mengasah sesuatu dengan batu canai. 
2 melicinkan atau meratakan sesuatu permukaan. 
3 meratakan atau menipiskan adunan kuih dgn tangan atau penggelek. 

pencanai 
1 orang yg kerjanya mencanai (mengasah dll). 
2 alat untuk mencanai. 
-(Kamus Pelajar Edisi Kedua)