Geram betul tengok buah mahkota dewa yang lebat. Kalaulah buah mahkota dewa boleh petik dan macam gitu je, dah lama petik dan makan. Persoalannya, buah mahkota dewa boleh dimakan begitu saja tak?

Orang dulu-dulu kata buah mahkota dewa dan manfaatnya banyak untuk tujuan perubatan. Salah satunya, buah mahkota dewa untuk kencing manis. Yang tu kena kaji dulu lah ye.

Buah Merah Mahkota Dewa

Buah mahkota dewa in english dikenali dengan nama Crown fruit @God's Crown fruit. Nama saintifiknya Phaleria macrocarpa dari keluarga Thymelaeaceae (Thymelaeaceae). 

Dikenali juga dengan nama Simalakama. Buah Mahkota dewa asalnya dari Indonesia dan Malaysia. 

Terkenal di Indonesia sebagai satu tanaman ubat-ubatan. Kulit dan daun buah mahkota dewa dikatakan mengandungi alkaloid dan samponin yang bersifat antibarah. 

Buah Mahkota Dewa

Menjawab persoalan di atas. Sendiri tanya sendiri jawab. 

Selepas membaca, buah mahkota dewa kering digunakan untuk perubatan dengan cara meraciknya. Jadi jawapan dia buah mahkota dewa tak boleh dimakan begitu je. Mesti diproses untuk keluarkan biji dan dikeringkan. 

Kat kampung, buah mahkota dewa ni tanam terus dalam tanah memang lebat buah dia. Sekali dia berbuah lebat betul. Tak tahu nak buat apa, terbiar jatuh gitu je. 

Dulu tanam sebab orang kata boleh buat ubat. Tapi tak pernah guna pun rasanya. Tanam je. Kot lah ada kegunaan di masa akan datang kan.

Tengok buah mahkota dewa ni nampak macam buah jambu bol pulak. Lama tak makan jambu bol. Teringin pulak. Huhu