Ada benda viral yang kadang mudah terhasut. FOMO orang kata. Kadang JOMO. Viral di threads minuman OTR CBTL (The Coffee Bean & Tea leaf). Apa benda OTR tu? Kita dah fikir On The Road kereta pula. Rupanya On The Rock!.
Kesimpulannya, OTR merujuk kepada minuman CBTL yang disajikan dengan ais.
On The Rock CBTL
Dihidangkan dengan ais (iced), bukan diblend (Ice Blended) atau panas (hot). Saya suka iced CBTL ni sebab dia macam hancur.Kesimpulannya, OTR merujuk kepada minuman CBTL yang disajikan dengan ais.
- FOMO (Fear of Missing Out) – rasa takut atau bimbang terlepas sesuatu pengalaman, peluang, atau perkembangan yang sedang dinikmati oleh orang lain.
- JOMO (Joy of Missing Out) – berasa gembira dan tenang walaupun tidak mengikuti setiap trend atau aktiviti yang dilakukan oleh orang lain.
Dah berkali-kali juga beli OTR dengan 2 espresso shots. Encik Suami pula kalau ke CBTL mesti pesan iced double chocolate. Sedap ya amat dan tak manis sangat.
![]() |
| watermelon lychee ceylon mixer, OTR 2 espresso shots, Iced double chocolate |
Kononnya nak beli kyoho grape longan mixer tapi unavailable. Tu dah jadi air favourite kalau ke CBTL Selain OTR. Jadi belilah watermelon lychee ceylon mixer. Rasa dia menyegarkan tapi kurang sedap.
Pelik sikit bila tembikai, laici dan teh bergabung. Kalau watermelon dan laici sahaja mungkin much better. Takpelah, nak rasa je. Harga pun boleh tahan juga belas-belas. Murah lagi OTR tu.
Tapi air buah kan memang mahal sikit kan. No wonder lah.
Tapi air buah kan memang mahal sikit kan. No wonder lah.
Beli juga kaya toast yang sedap tu. Juga viral di Threads. Threads tu apa je tak viral entah. Tak bergambar sekali bersama minuman. Malas nak ambil gambar kaya toast sebab dah buat entry haritu.

40 Comments
itulah.. sellau OTR = On The Road.. tapi macam nak beli kereta pula.. hahhaa
ReplyDeleteKann..saya pun auto terfikir macam tu. hihihi....
DeleteKita ni lambat sikit terpengaruh dgn trend2 viral ni. Ada jugak nampak kat threads siap save lagi resipi nak order air CBTL ni tapi tak order pun hehe.
ReplyDeleteTulah banyak sangat menu dia. Tapi saya pilih yang simple je.
Deletenak try la air yg laici dan tembikai tu
ReplyDeleteKann..macam sedap juga yang tu. Belum beli lagi.
DeleteOh…istilah JOMO pun ada jugak.
ReplyDeleteAkak mungkin tergolong orang JOMO atas faktor usia dan kurang bersosial.
Mujurlah bersosial di blog, dapatlah tau benda-benda terkini macam OTR CBTL nih 😄
Ada kak Ujie. Kadang JOMO jugalah. hihi...
DeleteKadang pengaruh rakan blogger pun boleh jadi jugak.
Viral kat threads ni OTR.
ReplyDeleteYe, betul!
Deleteammi masuk dalam kategori JOMO yang jobo lah kot.
ReplyDeleteNasib baik faham jobo tu apa Ammi. hihihi...
DeleteJOMO tu perkataan baru untuk saya...
ReplyDeleteTakpe, kita sama-sama belajar perkataan baru.
DeleteRasanya saya ni JOMO sebab kalau ade yg viral saya selalu tak tau. On The Rock tu first time saya dengar adalah Wisky On The Rock...
ReplyDeleteOkay je kalau JOMO sebab bukan minat kita kadang tu. Saya pulak first time dengan Wisky On The Rock tu.
DeleteDah join juga beli konon ikut trend ..sudahnya ahha tekak x bole telan 😅😅 termenung kejap nak teruskan minum atau buang haha tp nasib ada beli spare air manis 🤪
ReplyDeleteHihi..tersilap ikut trend pulak kan. Nasib baik ada air manis yang sedap.
Deletearghhhhhh tergodaaaaa cikpijahhhhhh uiiii 😍😍
ReplyDeleteNanti jangan lupa beli tau Kak Mija. Hihihi...
DeleteSalam kenal dari Selangor.
ReplyDeleteSalam kenal dari Nismilan.
DeleteKalau buah campur2 ni saya memilih juga buah apa. Tapi kadang tak ikut trend juga. Tengok keadaan. Kadang viral kita nak cuba juga....
ReplyDeleteYe, ikut selera dan minat juga kalau nak FOMO tu kan.
Deletesedapnyaa
ReplyDeleteAlhamdulillah.
DeleteAkak ni olscholl jadi Jomo le. Baru tau makna fomo Dan Jomo. Kadang macam tu lah dia pi campur yang bukan2 rasa jadi erkkk apa ni. Tapi kadang nak tau juga rasa dia sedap ke tidak.
ReplyDeleteKadang kita Jomo juga. Bergantung pada keadaan dan minat kita.
DeleteIced coffee CBTL dengan double espresso shot memang padu, lagi-lagi bila ais dia hancur halus. Pija biasa suka request milk apa? Antara OTR dengan tea mixer, pija lagi in love yang mana?
ReplyDelete2 shots pun dah padu dah. Request milk? Tak tahu pulak boleh request milk. Kalau less sugar dan normal sugar ada lah juga.
DeleteDua-dua suka, sukar membuat pilihan.
Betul Pizzah. Bantak buah campur-campur dibuat jus. Kadang tak dapat nak bayangkan apa rasanya.
ReplyDeleteItulah tu, kadang rasa pelik tak boleh nak telan.
DeleteJadi penasaran rasanya. Coba nanti saya visit CBTL yg di JKT. Apa menunya sama atau berbeda. Kalau sama, nak coba juga lah. Saya memang jaraaang ke CB . Sesekali saja kalau kebetulan nak jumpa teman dan kebetulan ada cb Kat situ
ReplyDeleteOhh macam tu. Kalau terjumpa tu bolehlah cuba kalau ada menu yang sama.
Deletelorrr ada juga JOMO, pestaim tau hehe
ReplyDeleteHihi..Dah tahu, pasni boleh guna.
Deletewatermelon lychee ceylon mixer tu fav akak...akak kena kurangkan coffee untuk 3 bulan ni sebabkan program tu kan...sudahnya minum air kosong je la nampaknya...semuanya x boleh ha...
ReplyDeleteOOhh akak suka ye yang tu. Saya pulak kurang suka, rasa dia pelik sikit. Aduh, lama pulak tu kena berpantang. Takpe kak, lepas habis program boleh cheat day.
Deletekebetulan pagi ni MZ gi bf kat CBTL dgn zharfan :)
ReplyDeleteWahh ke CBTL lagi ye. Alhamdulillah...dapat breakfast berdua makan sarapan sedap.
Delete