Julai 2026 | Dalam perjalanan balik dari PSAS, kami singgah Kenangan Coffee dan kemudian singgah Coffee Bean & Tea Leaf (CBTL). Pergi Kenangan Coffee beli kopi untuk sayalah, sekarang suka dengan Kenangan latte. Buat bekal dalam perjalanan.
Lepas tu singgah CBTL sebab Encik Suami nak beli air double chocolate yang sedap. Alang-alang dah pergi CBTL saya tambah beli Kyoho Grape Mixer Longan ni. Dah berkali-kali beli sebab sedap. Terkena hasutan mereka di Thread lah ni.
Segar tekak minum air ni tengah cuaca panas.

Lepas tu singgah CBTL sebab Encik Suami nak beli air double chocolate yang sedap. Alang-alang dah pergi CBTL saya tambah beli Kyoho Grape Mixer Longan ni. Dah berkali-kali beli sebab sedap. Terkena hasutan mereka di Thread lah ni.
Kyoho Grape Mixer Longan di The Coffee Bean & Tea Leaf (CBTL)
Menggabungkan rasa anggur Kyoho Jepun yang manis dan sedikit masam dengan longan menjadikan minuman yang menyegarkan dengan rasa buah.Segar tekak minum air ni tengah cuaca panas.

Sedap ya amat air anggur campur longan ni. Serius sedap! Silalah order ye tapi tak boleh selalu sebab manis sikit tapi bukan manis leting dan harga dia macam mahal sikitlah RM14 lebih ke RM16 lebih entah. Sesekali bolehlah.
Asyik kopi je kan, tukar sikit selera sekali sekala. Order guna apps CBTL masa dalam perjalanan tu dan kemudian pick up. Cantik The Coffee Bean & Tea Leaf (CBTL) dekat Tanjung Malim ni. Stand alone ada drive thru juga. Lupa pula nak ambil gambar.
20 Comments
Kaannnnn!!!! Kita pun sukaaa sangaatttt hahaha.... nanti nak beli lagi la
ReplyDeleteTu lah, buat kita teringat-ingat rasa dia kan. Repeat beli. hihi...
Deleteakak suka longan tp yg ni blum try sbb lebih suka yg ice blended kalo kt coffee bean
ReplyDeleteYang white chocolate ice blended tu ke? Yang tu pun sedap. Saya suka juga.
Deletesaya tak pernah try lg mixer longan ni...dh try yg berries hari tu tp tak kena dgn tekak, so far sgt suka mixer passion fruit pineapple tu sbb ada jelly2 dan memang manis2 masam..ari tu dh repeat beli jugakkk memang tak leh minum selalu sbb mahal hahahah manis tu memang laaa nama pun CBTL kan
ReplyDeleteNanti boleh try. Saya pun tak try lagi mixer passion fruit tu. Sedap kalau ada masam manis. Betul, mostly yang mixer ni mahal sikit, kalah harga kopi.
DeleteBagus entri ni sebab kita tengah mencari² minuman tanpa caffein di CB. Kadang kalau nak beli time tengahari atau petang, tak suka pilih coffee. Ambil choc rasa macam berat sgt.
ReplyDeleteBoleh try air ni. Sedap sangat. Sesekali lari dari kopi. hihihi...
DeleteHa....air ala-ala air buah macam ni KSarie boleh minum. Kopi hipster asal cuba minum terus migraine. Lepas tu ala-ala lactose intolerance pula. Makanya duduk diam situ minum kopi o kampung cap tupai
ReplyDeleteKalau lepak CBTL boleh cuba menu ni. Ooo kalau macam tu mengopi kena americano je lah kan. Tak ada susu.
DeleteMemang terliur ni! Dua-dua sedap! Kenangan Latte bekal jalan, Kyoho Grape Mixer Longan CBTL pulak memang famouslah kan. Sesekali tukar selera minum air anggur longan CBTL comel macam ni memang syok.
ReplyDeleteYe, dua-dua sedap. Tak pasti pulak Kyoho Grape Longan mixer ni popular ke tidak. Yang pastinya sekarang ni tengah popular OTR tu. hihi..
DeleteSesekali cuba rasa minuman selain kopi.
Kalau minuman non coffee begini, memang lah saya suka minum kalah cuaca panaaas.pasti sejuuuuk kan. Apalagi ada buah longan di dalam kak. 😍😍.
ReplyDeleteSedap sangat gabungan rasa ni. Semestinya segar tekak. Cuaca panas memang elok minuman segar buah-buahan macam ni.
DeleteAduhhhh..tengah diet ni Fiza tayang air ni plak....sedapnya kalau lalu kat tekak
ReplyDeleteBoleh beli masa cheat day nanti kak. Beli satu kongsi berdua. Buat rasa-rasa je cukup lah kan.
Deleteammi dah download apps CBTL sebab asyiklah macam 'teracun' ngan entry mamatisya. Tapi belum pernah lagi order apa2.
ReplyDeleteHihi..takpe, install dulu untuk kemudahan akan datang. Nanti tiba-tiba nak order senang dah ada apps nya.
DeleteWah Aphizha pesan 2 air sekali daripada Kengan dan CBTL.
ReplyDeleteYe, Kenangan Coffee fav saya dan CBTL tu beli fav air husband. Saya pun dapat sekali lah alang-alang tu. hihi...
Delete