Encik Suami terpengaruh dengan TikToker yang share beli Zus Coffee versi botol 1 liter tu. Teruslah mencuba beli melalui aplikasi dan pick up di Store Zus Coffee Petron Paroi.
Katanya air kopi versi botol ni bukanlah ready made tapi dibrew segar oleh Barista sama macam dalam cup tu. Cuma ni dalam botol.

Untuk sebotol 1 liter ni harga dia RM20 lebih bergantung jenis kepada jenis air kopi yang dipilih. Nampak je macam tak pekat air kopi dalam botol tu (sebab lighting terlampau) tapi pekat boleh tahan juga. Yang penting rasa dia sedap.

Saya pilih kopi latte, regular sweet dan biji kopi lydia. Mulanya nak pilih boss, risau pula terlalu pahit untuk versi latte. Saya nak kopi yang ringan je tak terlalu kuat dan pahit. Lagipun pertama kali nak cuba, kena pilih yang kena dengan selera.
Untuk penggemar kopi panas macam saya, sesuai sangatlah beli kopi versi botol 1 liter ni buat stok untuk 2-3 hari macam tu. Biasanya saya akan beli beberapa 2-3 cawan kopi panas buat stok. Ada versi botol ni macam lagi best je kan. Freshly brewed tu yang buat lagi best.
Pertama kali cuba versi latte kurang manis menggunakan biji kopi lydia ni saya rasa kena dengan selera. Tapi ada juga rasa pahit yang kuat sikit. 4 hari jugalah baru habis minum sikit-sikit buat rasa-rasa. Taklah habis sekaligus satu botol ni.
Mujurlah tak pilih versi biji kopi boss tu. Kalau tidak, lagilah pahit. Tapi pahit-pahit pun telan juga. Kata pencinta kopi. Takkan tidakkkk...
Untuk sebotol 1 liter ni harga dia RM20 lebih bergantung jenis kepada jenis air kopi yang dipilih. Nampak je macam tak pekat air kopi dalam botol tu (sebab lighting terlampau) tapi pekat boleh tahan juga. Yang penting rasa dia sedap.
Cuma yang saya perasan Zus Coffee ni kalau kita buang air kecil dia akan berbau kopi. Adakah guna perfume untuk wangian kopi macam kopi 3 in 1. Ada siapa tahu? Kalau saya minum Kopi Kenangan tak pula berbau kuat begini.
30 تعليقات
bab keluar balik bau kopi tu tergelak linda...tapi, memang betul pun...
ردحذفKann..kuat juga bau dia macam minum kopi 3 in 1.
حذفada soalan: jika beli yg botol cengginikan, perlu ke nak tambah air lagi? atau boleh terus minum je. jimat banyak ni jika beli sebotol buat stok, hi.... nanti kita dtg blk baca reply. thank you Piza.
ردحذفBoleh terus minum je. Dia macam suam-suam sikit bila dibotolkan. Tapi kalau nak minum panas-panas kena beli jenis cup lah. Sangat berbaloilah beli untuk stok 2-3 hari tu. Tak perlu dah beli yang lain kalau rasa cukup.
حذفJenis botol ni senang nak simpan dlm peti ais kan.. skrg teh ais atau air2 lain pun banyak juga akk tengok jual dlm botol gini
ردحذفBetul, senang simpan dan senang bawa travel jugak. A'ah..ada perasan CBTL pun ada kalau tak silaplah.
حذفOooo selalu orang buang air bau petai tuh biasa dengar. Nih first time dengar buang air bau kopi. Maknanya kuat kopinya ni ye. Suka baca blog dia sebab selalu update pasal kopi dan makan-makan di cafe.
ردحذفTak pastilah kuat kopinya atau biji kopinya ada campuran perfume.
حذفHihi..Terima kasih KakSarie.
nak try jugalah nanti
ردحذفSilakan mencuba KakYan.
حذفkt opis opismate ada juga order yg jenis botol camni
ردحذفWah best tu. Boleh beli terus kalau teringin. Freshly brewed juga ye?
حذفOk la bau kopi dari bau petai, hahaha. Berbaloi la beli RM20 dapat seliter. Boleh ulang minum sikit² takkanlah nak habis serentak, kan. Kalau ramai, bagi seorang secawan dapat minum 5 orang. Eh, ni bukan satu baloi tapi 5 baloi⁵.
ردحذفHahaha...bau kopi better sikit la kan dari petai. Memang taklah habis terus seliter. Kembung perut dengan kopi je. Kalau nak minum ramai letak dalam cawan, kena letak ais lah gitu baru nampak banyak sikit. hihi...
حذفooo bau kopi kuat tu
ردحذفA'ah bau kopi dia kuat.
حذفAyat last tak reti nak menjawabnya....tapi pencinta kopi boleh la mendapatkannya.
ردحذفKena tunggu pakar kopi menjawabnya ni. Tapi masih tak ada jawapan lagi. huhu...
حذفSha dengan Zus ini macam tak ngam.. kikiki..
ردحذفAda nampak promosi yang botol ini tapi sebab tak berapa kena dengan tekak, tak adalah membeli..
Samalah kita macam kurang ngam. Biasa beli Kopi Kenangan je. Yang ni saja nak cuba. Okaylah jugak kena dengan tekak.
حذفpart yang last tak dapat la pulak nak pastikan.. hehehe.. sebab selalunya xde isu pun.. btw, sis x pernah minum lydia.. memang selalunya sis ambik boss je..
ردحذفSo takde bau kopi ye hasil buangan tu? Baik, kita tunggu jawapan lain kot ada yang tahu. Wah, pekat kaw pekat kopinya. Saya rasa lydia pun dah cukup kuat kopinya. Nampaknya saya bukan betul-betul pencinta kopi ni. hihi...
حذفpernah jugak beli kopi botol yg ni, ambil spanish latte. tapi tu kakak saya si hantu kopi tulah yg beli. sebotol matcha latte pun pernah beli gak, tpi harga dia mahal sikit berbanding kopi
ردحذفSpanish latte sedap tak? Risau tak sedap nak order yang terus besar 1 liter ni. Matcha memang mahal sikit dari kopi sebab nak bancuh tu kena bersusah payah dan ambil masa sikit kan guna alatan dia. Apa nama entah mangkuk dan whisk buluh tu.
حذفPernah nampak tapi x pernah beli...
ردحذفKot nak cuba boleh beli dan share 3 orang pun boleh jugak ni.
حذفselalu nampak yg botol kecil je. yg saiz mcm ni belum jumpa lg...
ردحذفBoleh cuba order nanti Anies.
حذفDulu saya pernah beli 2 liter, di taro dalam 2 botol. Tapi yg 1 saya letak di freezer. Yg 1 baru di chiller. Sempat juga lupa minum, hari ke4 dah tak sedap hahahahaha. JD memang harus pastikan 2-3 hari harus habis.
ردحذفBetul tu Fanny, dia tak boleh tahan lama sangat. Rasa dia akan berubah dan tak sedap dah. 3 hari tu maksimumlah.
حذف