Hari Jumaat lepas baru berkesempatan tebus MyKasih di Pasar Raya Mydin Seremban 2. Tengok tak ramai yang beratur, barulah kita tebus. Agaknya haritu tak ramai sangat sebab dah ramai yang tebus dan mungkin juga dah cuti sekolah ramai yang bercuti.
Jadi, kita pun ambil peluang lah tebus MyKasih tu. Kerajaan dah memberi, takkan kita tak ambil pula. Rezeki jangan ditolak.
MyKasih adalah salah satu program bantuan tunai kerajaan Malaysia yang memberi tumpuan kepada golongan berpendapatan rendah seperti B40 dan M40.

Setiap kali nak memilih barang, kami semak scan guna aplikasi MyKasih eligible ke tidak. Sila download aplikasi MyKasih siap-siap. Ini je yang dibeli guna MyKasih saya, baki tinggal RM0.35.
Lepas tu guna sikit MyKasih Encik Suami juga, ada baki RM70 lebih. Tak semua barangan dapat beli guna MyKasih. Barang basah tidak boleh sama sekali.
Tak semua dalam troli ni guna MyKasih. Sebahagiannya guna duit sendiri. Beli stok barang dapur yang mana nak habis je. Segala sos, sos cili Thai, sos tiram, sos karamel pekat, kicap, bawang dan sayur-sayuran.
Cari minyak Alif 5 kg tu, tak ada stok. Yang ada refill je. Itupun tinggal satu je. Belilah juga refill 3kg tu. Dah macam beli refill sabun pula. Beli Axion stok sabun untuk bersihkan kesan kunyit. Tak lupa juga pencuci pinggan Zip pengganti Sunlight.
Tak beli dah softlan. Lebih suka guna daia softergent, pencuci dan pelembut sekali. Senang 2 in 1. Tak perlu beli berasingan.
Tak beli dah softlan. Lebih suka guna daia softergent, pencuci dan pelembut sekali. Senang 2 in 1. Tak perlu beli berasingan.
Kudapan Nora tu Encik Suami punya saja beli, tak termasuk dalam barangan MyKasih. Lagi satu tambah sekotak air mineral cactus (1500ml x12 botol) sebab tak ada stok air mineral Spritzer. Dah nak bayar baru ambil, so tak ada dalam gambar di atas.
Rasanya dah 3 kali kami pergi Mydin Seremban 2 dan Senawang, stok air spritzer tak ada. Kemana agaknya ye? Ke sebab kes air spritzer bau petai tu dia stop ambil stok? Aduhaii..terputus bekalan air spritzer pula.
Nak tak nak terpaksalah beli air cactus tu buat sementara waktu. Kat mana lagi nak dapat air spritzer dengan harga berpatutan sekotak tu ye? Kalau di stesen Minyak PETRONAS agak mahal sikit.
Alhamdulillah...RM100 dapat juga guna buat beli barang dapur tanpa keluar duit sendiri. Syukur. Tapi janganlah naikkan harga barang, jangan ambil kesempatan atas kesempitan orang lain.
28 Comments
alhamdulillah, minggu lepas pun da tebus juga mykasih tapi husband punya..nanti nak tebus pakai mykasih sendiri pulak..kena listkan betul2 barang dapur mana yang perlu topup atau mana yang tahan lama..sebab dapat sekali je kan, macam nak hargai sungguh2..
ReplyDeleteAlhamdulillah. Betul tu, kena hargai dan beli keperluan yang penting stok bulanan tu.
DeleteAkk belum tebus tapi husband dah tebus.
ReplyDeleteWalaupun seratus, besar juga nilai dan manfaatnya. Penting, bersyukur.
Betul. Besar nilainya bagi mereka yang bersyukur. Boleh simpan tu untuk belanja dapur bulan depan pulak.
DeleteAlhamdulillah dpt menambah bekalan brg dapur.
ReplyDeleteKita belum tebus lagi, blm berkesempatan.
Alhamdulillah..Jimat tak payah keluar duit beli stok makanan bulan ni.
DeleteKena tunggu reda sikit baru senang kita nak tebus.
Cie punya ada lagi rm60+, husband punya dah habis. Sekarang ni sistem dah ok sebab memasing tebus berperingkat jadi takdela hang sistem tu.
ReplyDeleteAda balance lagi bolehlah beli apa yang perlu nanti. Betul, sekarang dah okay senang dan cepat sikit urusan tu.
DeleteAlhamdulillah. Banyak juga barang boleh dibeli, dan semua keperluan rumah.
ReplyDeleteBetul, keperluan rumah yang penting dan mana yang dah nak habis stok tu.
DeleteAlhamdulillah...=)
ReplyDeleteAlhamdulillah.
Deletepergi jgk shopping
ReplyDeleteAlhamdulillah...Dapat juga beli barang apa yang perlu kan.
DeleteNaah saya pun skr dah tak suka beli detergent dan liquid pewangi pakaian macam downy, etc secara terpisah. Saya sekarang beli yg sudah dicampur ke detergen. Macam softergen. Lebih praktis. Llkalo untuk pakaian wangi, tinggal semprot kisspray saat di setrika. Lebih tAhan lama wanginya
ReplyDeleteSejak saya jumpa jenis softergent ni, tak beli dah asing-asing. Guna yang ni je mudah. Jimat pun jimat kan 2 in 1. Saya suka daia sakura bloom softergent ni. Bau dia pun harum.
DeleteAlhamdulillah dah tebus.
ReplyDeleteAlhamdulillah.
Deletebelum tebus lg..meriah tgk troli kwn2 yg share dh tebus mysara
ReplyDeleteTakpe, ada masa lagi nak tebus tu.
DeleteMA x redeem lagi..weekend ni leh la kot
ReplyDeleteHappy shopping nanti.
DeleteOh dah tak ramai di Mydin ya. Akak ada rasa nak tebus tapi membayangkan orang ramai beratur. Lagipun kena senarai barang yang nak/termasuk dalam MyKasih.
ReplyDeleteEh boleh akak cuba Daia Softergent.
Mydin kat sini masa saya beli tu tak ramai dah. Kalau dah tak ramai tu bolehlah tebus kak Wina. Boleh download dulu apps MyKasih tu nanti senang nak guna scanner dia scan barang yang eligible untuk MyKasih ni. Boleh cuba Daia Softrgent Sakura bloom tu.
Deleteseronok kan bila tak perlu guna duit sendiri utk beli barang dapur.
ReplyDeletesakit hati bila tengok sesetengah kedai yg naikkan harga barang.. macam kes pasaraya besar baru2 nilah. keji betul perangai
Betul, tapi limited sikit sebab tak semua barang boleh. Kann..tetiba je naik harga. Dah kenapa pulak? Saja je...Memang keji perangai macam ni.
DeleteLinda pun dah guna..kena tambah lagi rm60 duit sendiri..hihihi
ReplyDeleteOkaylah kan, dapat juga tambah-tambah beli barang dengan seratus tu.
Delete