Hari Jumaat lepas baru berkesempatan tebus MyKasih di Pasar Raya Mydin Seremban 2. Tengok tak ramai yang beratur, barulah kita tebus. Agaknya haritu tak ramai sangat sebab dah ramai yang tebus dan mungkin juga dah cuti sekolah ramai yang bercuti.

Jadi, kita pun ambil peluang lah tebus MyKasih tu. Kerajaan dah memberi, takkan kita tak ambil pula. Rezeki jangan ditolak.

MyKasih adalah salah satu program bantuan tunai kerajaan Malaysia yang memberi tumpuan kepada golongan berpendapatan rendah seperti B40 dan M40.

Beli Barang Dapur Tebus MyKasih di Pasar Raya Mydin Seremban 2

Setiap kali nak memilih barang, kami semak scan guna aplikasi MyKasih eligible ke tidak. Sila download aplikasi MyKasih siap-siap. Ini je yang dibeli guna MyKasih saya, baki tinggal RM0.35. 

Lepas tu guna sikit MyKasih Encik Suami juga, ada baki RM70 lebih. Tak semua barangan dapat beli guna MyKasih. Barang basah tidak boleh sama sekali.

Tak semua dalam troli ni guna MyKasih. Sebahagiannya guna duit sendiri. Beli stok barang dapur yang mana nak habis je. Segala sos, sos cili Thai, sos tiram, sos karamel pekat, kicap, bawang dan sayur-sayuran.

Cari minyak Alif 5 kg tu, tak ada stok. Yang ada refill je. Itupun tinggal satu je. Belilah juga refill 3kg tu. Dah macam beli refill sabun pula. Beli Axion stok sabun untuk bersihkan kesan kunyit. Tak lupa juga pencuci pinggan Zip pengganti Sunlight. 

Tak beli dah softlan. Lebih suka guna daia softergent, pencuci dan pelembut sekali. Senang 2 in 1. Tak perlu beli berasingan. 

Kudapan Nora tu Encik Suami punya saja beli, tak termasuk dalam barangan MyKasih. Lagi satu tambah sekotak air mineral cactus (1500ml x12 botol) sebab tak ada stok air mineral Spritzer. Dah nak bayar baru ambil, so tak ada dalam gambar di atas.

Rasanya dah 3 kali kami pergi Mydin Seremban 2 dan Senawang, stok air spritzer tak ada. Kemana agaknya ye? Ke sebab kes air spritzer bau petai tu dia stop ambil stok? Aduhaii..terputus bekalan air spritzer pula. 

Nak tak nak terpaksalah beli air cactus tu buat sementara waktu. Kat mana lagi nak dapat air spritzer dengan harga berpatutan sekotak tu ye? Kalau di stesen Minyak PETRONAS agak mahal sikit.

Alhamdulillah...RM100 dapat juga guna buat beli barang dapur tanpa keluar duit sendiri. Syukur. Tapi janganlah naikkan harga barang, jangan ambil kesempatan atas kesempitan orang lain.