Sampai bilik dari makan malam di Resto Nasi Mok Su Nab dah jam 11.00 lebih. Berehat lah dulu sementara menunggu makanan hadam. Layan permandangan malam melihat suasana Tasik Putrajaya pada waktu malam.
Diserikan lagi dengan Jambatan Seri Wawasan Putrajaya yang cantik dengan hiasan lampu neon warna-warni.
Diserikan lagi dengan Jambatan Seri Wawasan Putrajaya yang cantik dengan hiasan lampu neon warna-warni.
Jambatan Seri Wawasan Putrajaya
Menggunakan teknologi kabel dan penyangga keluli, Jambatan Seri Wawasan dengan binaan asimetri dan sangat futuristik merentangi Tasik Putrajaya sepanjang 240 m. Ia menghubungkan antara Presint 2 dan Presint 8.
Reka bentuknya yang ikonik telah menjadikannya jambatan utama dan salah satu mercu tanda di Putrajaya hingga kerap menjadi pilihan lokasi penggambaran adegan filem dalam dan luar negara serta wedding photoshoot.
Menjelang senja dan malam, ia boleh dilihat dari jauh kerana hiasan warna warni lampu neon yang unik coraknya dan harmoni dekorasinya menghasilkan panorama yang sangat menakjubkan sehingga menarik para pengunjung merakamkan momen indah.
sumber : Perbadanan Putrajaya
Tak disangkal lagi, permandangannya Tasik Putrajaya dan jambatan ikonik Putrajaya ni sangatlah cantik. Rugi kalau tak merakam simpan buat kenangan. Gambar bawah ni saya ambil selepas Maghrib sebelum keluar main badminton.
Selepas kembali semula, hampir tengah malam saya ambil lagi gambar. Kurang sharp sebab kurang cahaya. Ditambah pula tu dengan zoom 5x. Banyak noise. Tapi tak apalah, asalkan ada gambarnya.

Tak disangkal lagi, permandangannya Tasik Putrajaya dan jambatan ikonik Putrajaya ni sangatlah cantik. Rugi kalau tak merakam simpan buat kenangan. Gambar bawah ni saya ambil selepas Maghrib sebelum keluar main badminton.
![]() |
wide angle, 0.5x |
Selepas kembali semula, hampir tengah malam saya ambil lagi gambar. Kurang sharp sebab kurang cahaya. Ditambah pula tu dengan zoom 5x. Banyak noise. Tapi tak apalah, asalkan ada gambarnya.
![]() |
zoom 5x |
Dah puas menikmati suasana permandangan luar dari dalam bilik. Kita pasang lampu lantai, warm tone mewarnainya bilik nampak romantis. Terus teringat lagu kita bikin romantis.

Lepas bersihkan diri dan solat isya' saya terus tidur. Mengantuk tak boleh bawa berunding lansung. Bantal pula empuk, penghawa dingin pula sejuk lain macam. Padahal suhu 23°C je pun. Barangkali cuaca sejuk diluar.
Lena tidur sampai subuh. Awal dah terjaga jam 5 lebih. Encik Suami tidur lambat sampai tak sedar pukul berapa dia tidur. Banyak kerja katanya. Cuti pun tak macam cuti, begitulah bila banyak kerja. Tak ada istilah cuti. Kann...
31 تعليقات
Cantik sangat view malam dengan lampu yang colorful di Jambatan.
ردحذفKann...jamu mata tengok permandangan malam yang cantik.
حذفCantik kan malam- malam kat sini...bulan 11 nanti opis akak ada buat family day area situ...x tau lagi hotel mana stay
ردحذفA'ah, cantik sangat. Bolehlah masukkan hotel Zenith dekat dengan tempat kerja husband akak. hihi...
حذفKalau stay Putrajaya malam2 suka pusing tengok view malam cantik.
ردحذفKann..Selain tu, on weekend biasanya meriah dengan aktiviti riadah.
حذفAlaa..gambar yang zoom 5x, banyak noise tu pun cantik...
ردحذفKalau Linda yang ambil gambar tu, tak menjadi...kikiki
Asal boleh dan nampak rupa pun jadilah Linda.
حذفmemang cantik jambatan seri wawasan ni kan.. kena pula Fiza pandai ambil angel.. Wow!! Sangat
ردحذفCantik sangat. Terima kasih kak AJ, saya ambil asal boleh je tu. hihi...
حذفFuhh baca ni terus rasa macam ikut trip sekali 😍. Jambatan Seri Wawasan tu memang ikonik, ambil gambar tak jadi lawa pun tetap nampak cantik. Cuma part bantal empuk + aircond sejuk tu memang kombo paling bahaya… confirm kalah sebelum sempat habis edit gambar 🤭.
ردحذفHihihi...sempat edit dan post sebelum tidur tu.
حذفJujurnya... foto lampu tu cantik sangat....
ردحذفTerima kasih uncle. Tapi kurang sharp juga pada saya sebab zoom juga banyak noise. huhu...
حذفni view dari rumah akak ke? cantiknya!
ردحذفEh, tak! dari Hotel Zenith. Ada tulis pada watermark gambar tu.
حذفNanti saya nak foto juga kalo ternampak jembatan ini 😍😍😍. Memang baguuus sangat di malam hari ya kak. Krn lampunya menyala itu.
ردحذفJangan lupa jepret fotonya nanti Fanny. Ya, Putrajaya sangat meriah malam-malam. Tak sunyi. Ada aktivtiti riadah, food truck dan macam-macam lagi lah.
حذفSiang malam cantik ya jambatan tu. Puas tengok lampu di luar, layan romantis pulak di bilik.
ردحذفBetul betul. Tak jemu mata memandang. Dapat pulak bilik best. Tak menyesal pilih Zenith. hihi...
حذفcantik gmbr waktu mlm sbb effect lighting
ردحذفAda warna warni lampu naik seri. Kalau tidak tak nampak nak ambil gambar.
حذفcantik view malam kt jambatan tu sbb ada lampu bercolor
ردحذفKann..cantik sangat ada lampu warna warni tu.
حذفSaya tahu view dari hotel mana ni. Kenapa tak pergi ke jambatan tu? Boleh bergambar. Ramai je orang singgah situ malam-malam untuk bergambar.
ردحذفDekat watermark pun dah tulis nama hotelnya tu. huhu...
حذفAmbil dari jauh dan lalu situ pun cukuplah. Ada juga ambil gambar masa lalu tu. Malas nak menyinggah. Tak ada pulak orang kat situ ambil gambar.
Cantik sangat. Leh buat poskad.
ردحذفUishh belum sampai tahap boleh buat poskad lagi tu Sya uii...
حذفSesungguhnya banyak yang indah dan cantik di negara kita. Pemandangan siang, malam, sungai, tasik, laut... subhanallah! Bagi yang memiliki tangan ajaib seperti Fizah, memang seduai sangatlah untuk memotret dan abadikan hasilnta buat tatapan kami bersama. Terima kasih Fizah.
ردحذفBetul tu Kak Amie. Cuma kita je tak berpeluang nak explore semua.
حذفAlhamdulillah..Terima kasih Kak Amie. Saya ambil asal cantik mata memandang je tu. Tak pro pun. hihi...
sama² kasih.
memang cantik pada waktu malam...
ردحذفsaja nak kabo... sy dah lalu, berhenti dan bergambar dah atas jambatan ni hahahaha