Tempe, sinonim dengan masyarakat Jawa. Asal tempe je Jawa. Asal Jawa je tempe. Tak dapat dipisahkan. Ada orang tak mengaku dia Jawa. Eh! Bukan saya! Saya Melayu tulen.
Walaupun bukan orang Jawa tapi saya penggemar tempe. Tempe ni kalau diolahkan menu apa-apa pun sedap.
Walaupun bukan orang Jawa tapi saya penggemar tempe. Tempe ni kalau diolahkan menu apa-apa pun sedap.
Dulu, tempe dijual dengan berbungkus daun pisang dan kemasan luarnya dengan surat khabar. Rasanya dah lama tak jumpa versi bungkus daun pisang dan surat khabar tu. Sekarang banyak tempe dalam bungkusan plastik transparent tu je.
Tempe ni paling sedap kalau dibungkus dengan daun especially daun pisang. Aroma dia lagi wangi. Dapat tempe segar tu, sedap juga dimakan begitu saja.
Tempe [tém.pé] | تيمڤي
Tempe merupakan makanan tradisional berasaskan kacang soya (kedelai) yang kaya dengan protein, serat dan probiotik semula jadi. Kacang soya ini difermentasi bersama ragi tempe untuk menjadikan teksturnya padat menjadi tempe.Untuk lebih sihat boleh pilih tempe organik Non-GMO.
Gabungan dua ni menjadikan tempe lebih selamat dan berkualiti tinggi berbanding tempe biasa. Kebiasaannya tempe organik Non-GMO ni lebih mahal, harap maklum.
Tapi ini bukan homemade tempe yang saya buat. Beli dengan anak buah. Dia baru mulakan bisnes homemade tempe organik Non-GMO ni.

Tengok bahan dia ringkas je tapi nak membuatnya tak mudah ye guys. Silap langkah, kurang atau lebih bahannya tak menjadi nanti. Dia macam buat tapai juga ada pantang larangnya. Dan dia mengambil masa untuk menjadi tempe yang terbaik.
Tempe organik Non-GMO
Tempe organik Non-GMO adalah tempe yang diperbuat daripada kacang soya organik yang ditanam tanpa racun dan baja kimia. Non-GMO pula merujuk kepada tidak diubahsuai secara genetik.
Gabungan dua ni menjadikan tempe lebih selamat dan berkualiti tinggi berbanding tempe biasa. Kebiasaannya tempe organik Non-GMO ni lebih mahal, harap maklum.
Kelebihan tempe organik Non-GMO
- Lebih sihat, bebas bahan kimia & GMO.
- Kaya protein tumbuhan yang sesuai untuk diet sihat dan vegetarian.
- Baik untuk usus kerana mengandungi probiotik semula jadi.
- Mesra alam disebabkan pertanian organik dan terpelihara.
Bagus sangat tempe organik Non-GMO ni kan. Kalau rajin dan pandai, boleh lah buat sendiri homemade tempe organik di rumah. Bahan asasnya cuma kacang soya non-gmo, ragi dan pembungkus.
Tapi ini bukan homemade tempe yang saya buat. Beli dengan anak buah. Dia baru mulakan bisnes homemade tempe organik Non-GMO ni.

Dapatlah juga saya rasa tempe organik ni. Ini pertama kali saya makan tempe organik. Jangan tanya saya mana beli kacang soya non-gmo tu ye. Saya tak tahu. Yang saya tahu, makan je.
Saya nak 3 bungkus je.. Diberinya 4 bungkus tempe. Rezeki dapat lebih.

Hari esoknya tu baru saya buka. Sebab masa dia bagi tu tempenya belum cukup matang katanya. Saya letak je atas meja, jangan ditindih-tindih katanya. Pantang larang buat tempe kot kan.

Hari esoknya tu baru saya buka. Sebab masa dia bagi tu tempenya belum cukup matang katanya. Saya letak je atas meja, jangan ditindih-tindih katanya. Pantang larang buat tempe kot kan.
Dah cantik elok, jom lah kita bergambar kejap. Cantik kejadiannya. Padat dan tebal! Lembut gebu. Baunya pun harum dibungkus dengan daun lebak. Pertama kali tahu daun lebak, nampak gaya macam daun lerek tapi bukan.
![]() |
keratan rentas tempe |
Saya cuba makan mentah. Sedap rasa kacang soya berlemak. Bawah ni kejadian sebelum dipotong. Nampak macam nipis tapi tebal tempenya.
![]() |
putih gebus gebas |
Tengok bahan dia ringkas je tapi nak membuatnya tak mudah ye guys. Silap langkah, kurang atau lebih bahannya tak menjadi nanti. Dia macam buat tapai juga ada pantang larangnya. Dan dia mengambil masa untuk menjadi tempe yang terbaik.
Kita serahkan pada pakar yang membuatnya lah, baik kita beli je. Itu lagi mudah. Kalau ada yang nak beli sekitar Banting/Putrajaya boleh contact di TT @faiinaii
Kalau beli tu sila beli lebih. Kalau tidak, nanti menyesal sebab tak cukup.
Kalau beli tu sila beli lebih. Kalau tidak, nanti menyesal sebab tak cukup.
32 تعليقات
Aduh, tempe baru matang, sedap!
ردحذفHari tu kawan Akk makan tempe mentah, sedap katanya.
Tak kenal daun lebak, baru pertama kali dengar ni.
Ye, sedap ya amat. A'ah sedap juga dimakan mentah ni. Saya pun pertama kali dengar dan tengok.
حذفorg yg pandai buat tempe ni bkn senang ...kita beli je la kan senang hehe
ردحذفItulah tu, kita beli je lebih mudah. hihi...
حذفBaca tajuk tadi dok fikir…wow sangat Fiza ni tempe pun nak buat sendiri 😄
ردحذفAkak peminat tempe, goreng kosong makan gitu je pun laju. Tapi kena ada tempe yang segar elok macam Fiza beli ni barulah sedap dimakan.
Tak pernah tau pasal daun lebak. Unik sungguh tempe yang dijual - dihasilkan daripada kacang soya organik dan pembungkusan daun lebak. Harga tentu premium sesuai produknya.
Moga maju jaya bisnes anak buah Fiza!
Hihi..saya tak pandai nak menempe ni kak Ujie.
حذفBetul, dapat yang segar tu goreng biasa pun sedap dah. Makan mentah pun sedap juga.
Ye, harga dia lebih sikit daripada tempe biasa.
InshaAllah...Aamiiin...
Terima kasih untuk doanya kak Ujie. Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan.
Dulu2 Cie tak makan tempe. Bila dah belajar kat Johor baru la reti makan tempe. Sekarang dah selalu masak tempe. Zaman dulu tempe dalam daun tu. Sekarang dah moden dalam plastik. Susah dah nak jumpa yang dalam daun tu.
ردحذفHihi..dok Johor kena makan tempe. Tak Johor kalau tak makan tempe. Ye, sekarang ni mostly dalam plastik. Dah tak jumpa jenis bungkus dalam daun pisang tu.
حذفCantik tempe tu..x nampak pun hitam2...
ردحذفA'ah. Baru matang dan sedang elok kejadiannya.
حذفmasa dok bangkok dulu, siap bawa balik tempe ni..frozen kan tau sbb nak tahan lama.
ردحذفsekali jumpa staff kat embassy indonesia yg buat..seronok sgt. mahal pun sanggup yer beli sbb memang suka
Kita kalau dah suka dan sedap, okay je bayar dengan harga tinggi sikit kan. Mesti teringat-ingat rasa tempe yang sedap tu.
حذفCantik tempenya. First time denfar dan tengok daun lebak. Nampak masih segar daunnya tu.
ردحذفSaya pun pertama kali dengar. Cantik elok kejadiannya. Sedap!
حذفHebaaaaat teman kakak buat sendiri 👍👍👍. Saya pun walau suku Batak, tapi sukaaaa sangat tempe. Kebalikannya suami saya yg orang Jawa, tak suka tempe samasekali. Coba saja dia tak nak. 🤣
ردحذفKalau kata almarhum mama mertua, Krn dulu suami saya besar nya di jepang dan Jerman. Di sana dulu belum ada tempe. Jadi memang dia darikecil tak terbiasa makan tempe.
Pas balik Indonesia, dah susah untuk mulai mencoba, apalagi lidahnya kurang bisa dengan makanan fermentasi
Kalau di sini, tempe semuanya masih dijual dalam kemasan daun pisang, saya justru jarang lihat tempe dibungkus plastik 😅😅.
Paling sedap kalau dibuat sambal tempe. Atau chips. Bisa habis banyak tak sadar😄.
Pernah saya baca, tempe memang sebaiknya tidak digoreng. Krn akan merusak bakteri baik yg ada di kandungannya. Makan mentah paling rekomendasi. Tapi saya kurang bisa. Makan mentah sedikit tak apa. Makan mentah banyak, belum sanggub 🤣
Anak buah saya ada juga cuba mixed beans. Saya belum cuba lagi. Orang Jawa pulak tak suka tempe ye. Terbalik sudah. Ohh patutlah tak suka tempe, dari kecil duduk di luar negara.
حذفBagusnya kalau masih dijual dalam bungkusan daun pisang. Masih melestarikan cara tradisional. Nanti datang KL ke pasar raya Fanny cuba cari dan tengok tempe dalam plastik. Sambal tempe atau kerepek memang sedap. Cuma kalau buat kerepek saya susah nak makan kalau terlalu keras. Jadi, tak buatlah.
Alamak, kalau makan mentah saya cuma boleh makan sekali gigit je. Saya pun tak sanggup nak makan habis. Mungkin kita dah terbiasa goreng gitu kan.
healthy food ni!
ردحذفTepat sekali.
حذفsedap tu
ردحذفTempe ni memang sedap!
حذفsaya suka tempe yg dibalut dgn daun macamni. tapi susah nak jumpa!
ردحذفKannn..sedap lain macam. Apatah lagi yang segar baru matang ni.
حذفfirst time dengar tempe organik...
ردحذفmenarik ni unuk dicuba...
apa2 yg organik ni memang mahal... tp bagus utk kesihatan juga...
harap2 tempe ni dapat tembusi pasaran lbh meluas lg
Lagi sihat. Betul, kalau organik dan bagus untuk kesihatan ni memang mahal sikit. Harap begitulah, bisnes terus berkembang.
حذفmana tempe gorengnye., hehe
ردحذفAda wak, latest post.
حذفSuri hati suka makan tempe ni, katanya berkhasiat boleh goreng..
ردحذفTempe memang berkhasiat tapi katanya kalau digoreng kurang khasiatnya. Kena cari infonya.
حذفBestnya ada business tempe organik. Molek kejadian tempenya tu. Kalau dekat sure KSarie dah beli. KSarie satu keluarga memang hantu tempe. Ada seorang profesor ni kongsikan untuk dapat khasiat tempe sebenar kena makan tempe ni mentah tanpa digoreng. Kebenarannya macam mana idok la KSarie tahu
ردحذفKalau agak-agak nak ke Banting tu, bolehlah tempat 3 hari awal. Nanti bolehlah ambil. Saya macam pernah baca juga. Siapa entah komen, lupa dah. Kena check semula.
حذفKalau makan mentah tu setakat segigit dua okay lagilah. Kena masak juga kalau nak sedap kan.
saya separa Jawa dan saya suka tempe. ammi ajar anak-anak untuk suka juga sebab apa yang ammi suka dorang wajib suka hahahah...
ردحذفHahaha..sampai kena paksa suka tu. Nampak kejam tapi tak, sebab tempe tu sedap dan berkhasiat.
حذف