Saya terjaga awal sebelum subuh, jam 5 lebih. Dah terjaga tu terus bangun. Tak boleh terlelap dah. Rasa macam dah cukup tidur. Padahal tak sampai 5 jam tidur. Lagipun dah nak masuk waktu subuh, nanti boleh solat awal.
Tengok permandangan di luar, masih terang benderang lampu di Jambatan Seri Wawasan. Cuaca masih gelap. Seronok rasa dapat menikmati suasana cantik begini waktu pagi.
Bayangkan masa tengok permandangan ni sambil menghirup secawan kopi panas. Syahdu sungguh!
Masuk waktu, terus solat subuh. Lepas tu buat video timelapse mula dari jam 6.40 pagi macam tu. Buat lewat sebab nampak cuaca mendung je. Kalau buat awal pun tak nampak ketara perubahan tu nanti. Baiklah buat lewat sikit.
Kami tak turun sarapan sebab tak booking bilik dengan sarapan. Sekarang dah tak makan pagi, terus brunch. Lainlah kalau bilik dah included sarapan baru akan turun makan. Dapatlah saya buat video timelapse lama sikit sampai jam 7.30 pagi.
Menunggu cuaca pagi yang cerah bagai menunggu bulan jatuh ke riba. Lambat perubahan cuaca tu. Pagi yang mendung.

Masih tak jemu memandang permandangan luar. Banyak kenderaan dah mula melimpas di Jambatan Seri Wawasan. Kelihatan air tasik pun tenang tanpa arus dan kocakan. Aisehman ada pantulan jalur langsir hotel pula pada gambar.

Bermula jam 9.00 pagi kelihatan tasik dah mula sibuk dengan aktiviti sight seeing tasik. Nampak water taxi lalu lalang. Ada yang naik dari Jeti Zenith Hotel ni juga. Tak pasti tiket dia berapa dan macamana nak beli. Mungkin boleh beli di pos kaunter bawah tu kot. Atau ada QR. Siapa tahu?

Cruise Tasik Putrajaya ni ada banyak service. Cruise, perahu, joy ride, water taxi dan lain-lain lagi. Boleh tengok di website Cruise Tasik Putrajaya.
Bila saya tengok joy ride dan water taxi ni macam sama je rupa dia. Agaknya dah memaksimakan penggunaan kot. Saya terlupa ambil gambar sebab sibuk ambil video dari bilik. Screenshot je lah daripada tak ada.

Nampak juga sightseeing cruise lalu. Ini antara paling besar dan mahal sebab ada penghawa dingin.

Cepat betul masa berlalu, dah nak sampai masa untuk check-out. Lain kali kena stay 3 hari 2 malam baru best berehat.


Sebelum meninggalkan bilik kita posing-posing dulu. Nanti tak ada kenangan pula menginap di sini kan.

Self mirror juga perlu, port paling favourite untuk seorang perempuan.

Luar pintu bilik, dari dinding berkaca ni dapatlah tengok tempat naik cruise. Tak jauh pun dari hotel ni. Tapi jenuh jugalah kalau jalan kaki tengah cuaca panas ni. Kami pun nak check-out terus terus kesana. Tak sabar!

Urusan check-out pun cepat. Bagi kad, okay done! Tak ramai yang check-out. Jadi tak payah nak tunggu dan beratur bagai.

Ada rezeki dan peluang nanti boleh stay Putrajaya lagi. Macam teringin nak stay DoubleTree by Hilton tapi macam overprice pula kalau weekend. Hmmm...
Tengok permandangan di luar, masih terang benderang lampu di Jambatan Seri Wawasan. Cuaca masih gelap. Seronok rasa dapat menikmati suasana cantik begini waktu pagi.
Bayangkan masa tengok permandangan ni sambil menghirup secawan kopi panas. Syahdu sungguh!
Masuk waktu, terus solat subuh. Lepas tu buat video timelapse mula dari jam 6.40 pagi macam tu. Buat lewat sebab nampak cuaca mendung je. Kalau buat awal pun tak nampak ketara perubahan tu nanti. Baiklah buat lewat sikit.
Kami tak turun sarapan sebab tak booking bilik dengan sarapan. Sekarang dah tak makan pagi, terus brunch. Lainlah kalau bilik dah included sarapan baru akan turun makan. Dapatlah saya buat video timelapse lama sikit sampai jam 7.30 pagi.
Menunggu cuaca pagi yang cerah bagai menunggu bulan jatuh ke riba. Lambat perubahan cuaca tu. Pagi yang mendung.

Masih tak jemu memandang permandangan luar. Banyak kenderaan dah mula melimpas di Jambatan Seri Wawasan. Kelihatan air tasik pun tenang tanpa arus dan kocakan. Aisehman ada pantulan jalur langsir hotel pula pada gambar.


Cruise Tasik Putrajaya ni ada banyak service. Cruise, perahu, joy ride, water taxi dan lain-lain lagi. Boleh tengok di website Cruise Tasik Putrajaya.
Bila saya tengok joy ride dan water taxi ni macam sama je rupa dia. Agaknya dah memaksimakan penggunaan kot. Saya terlupa ambil gambar sebab sibuk ambil video dari bilik. Screenshot je lah daripada tak ada.

Nampak juga sightseeing cruise lalu. Ini antara paling besar dan mahal sebab ada penghawa dingin.

Sightseeing cruise ni ada juga yang boleh dine in. Cruise mewah lah kiranya. Tapi tak nampak pula perahu dondang sayang lalu. Saya nak naik yang tu lah nanti.
Perahu pun ada dua jenis, untuk sightseeing dan juga untuk makan-makan berdua couple gitu. Perahu love boat namanya. Kami nak naik yang biasa tu je ada 6 penumpang.
Cepat betul masa berlalu, dah nak sampai masa untuk check-out. Lain kali kena stay 3 hari 2 malam baru best berehat.
Access card bilik lupa nak ambil gambar masa check-in. Cuaca tak bagus masa tu, itu yang malas nak ambil. Dah nak check-out baru kita potretkan dia. Menarik motif pada muka depan sampul kad ni.

Kami turun bawah jam 11.40 pagi. Sempatlah jengah ke luar kejap tengok cuaca. Alhamdulillah cuaca cerah elok. Terang tanpa awan. Maknanya panas lah tu. Moleklah tu sebab lepas ni nak naik cruise.

Sebelum meninggalkan bilik kita posing-posing dulu. Nanti tak ada kenangan pula menginap di sini kan.

Self mirror juga perlu, port paling favourite untuk seorang perempuan.

Luar pintu bilik, dari dinding berkaca ni dapatlah tengok tempat naik cruise. Tak jauh pun dari hotel ni. Tapi jenuh jugalah kalau jalan kaki tengah cuaca panas ni. Kami pun nak check-out terus terus kesana. Tak sabar!

Urusan check-out pun cepat. Bagi kad, okay done! Tak ramai yang check-out. Jadi tak payah nak tunggu dan beratur bagai.

Ada rezeki dan peluang nanti boleh stay Putrajaya lagi. Macam teringin nak stay DoubleTree by Hilton tapi macam overprice pula kalau weekend. Hmmm...
26 تعليقات
wah...Fiza nak naik Cruise la...akak x pernah lagi stay kat Zenith ni...nanti bulan 11 ada family dah tapi half day aje..boleh la stay kat Zenith sebab sebelah aje office husband...
ردحذفTeringin nak naik. Nanti staylah kat Zenith alang-alang dah dekat dengan office husband akak.
حذفZenith ni akk pernah pergi, mil stay dekat sini masa reunion geng maktab depa. View memang lawa, nampak tasik rasa tenang
ردحذفKann..view dia sangat menarik. Tak rugi datang sini.
حذفWahhh, dah sampai Putrajaya dia. Cantik betul pemandangan tu, bayangan langsir tak mengganggu, bukti ambil gambar dari bilik hotel, hihi.
ردحذفHihi..tahu-tahu sampai Putrajaya. Permandangan superb! Hahaha..kena ada bukti ek.
حذفteringin nak stay sini..pernah attend wedding kat sini..cantik sgt! rate most hotel esp 4 or 5 star memang mahal laaa utk weekend..i plak tak leh nak staycation weekday sbb keje kannnn
ردحذفTak perasan lak ballroom dia. Tak lalu kot masa ke lobby tu. Itulah tu, kalau tambah sikit untuk weekdays boleh cover extra day. Nak taknak, weekend je lah pun yang kita boleh stay.
حذفtengok cruise putrajaya tu, teringat ayah saya banyak kali cakap nak naik sebab nak bawak cucu-cucu dia. kitorang malas sebab panas haha.
ردحذفnanti2 kena pegi jugaklah cruise tu. setiap tahun ayah cakap nak gi situ haha
Boleh naik yang sightseeing cruise tu ada air cond. Selesa lah untuk budak-budak pun. Pergi jangan tak pergi tau, tunaikan hasrat ayah awak.
حذفTak pernah lagi bercuti bermalam di Putrajaya ni. Pernah pergi hospital aje...
ردحذفTakpe, ada masa dan rezeki nanti bolehlah bercuti kat Putrajaya pulak.
حذفpernah naik cruise putrajaya time tisya kecik2 dlu tp bkn yg mewah bole dine in tu
ردحذفNext time boleh bawa Tisya lagi versi dewasa pulak. Mengimbau kenangan lama.
حذفmasa check out tak sempat duduk pun ye...berdiri jelah
ردحذفA'ah. Pass gitu je access kadnya. hihi...
حذفCantiknya gambar yang Fizah rakam. Teringin menginap di sini, santai-santai bersama keluarga. Nampak sejuk mata memandang, air tasik yang jernih tu. Teringat beberapa tahun lepas, duduk tepi masjid Putrajaya sambil menikmati semilir angin dari tasik.
ردحذفTerima kasih kak Amie. Bolehlah nanti cuba menginap di sini. Best juga duduk santai di bilik tengok permandangan luar. Ramai juga yang duduk lepak tepi tasik. Seronok juga kan.
حذفSaya baca ini langsung menghitung hari nak berangkat kesana, tak sabaaaaar. Dah butuh liburan, butuh suasana baru 🤣🤣🤣..
ردحذفHihi..Sabar Fanny. Tak lama je lagi kan bulan November.
حذفooo betul2 sebelah tasik rupanya...
ردحذفkalau ada event kat tasik ni mmg syok layan terus dari tingkap bilik kan...
suka pula sy tgk bunga2 besar kat lobi hotel tu hehehe
A'ah. Sebelah tasik je. Kann..kalau buat event memang bestlah view dia.
حذفUnik decoration nice.
Menarik pengalaman stay hotel di Putrajaya.. setakat ini tak pernah lagi stay di mana mana hotel di Putrajaya.. sebab rasa terlalu dekat nak stay hihii.. Tapi suka dgn view tasik dgn bot lalu lalang tu.. ok nak try juga lah 😅
ردحذفHihi...Biasalah tu kan. Kalau dekat kebarangkalian nak pergi tu rendah. Bolehlah cuba bersiar-siar di Tasik naik cruise bawa family.
حذفRasa tenang pula tengok view tasik tu. Weekend getaway yang sangat best, hotel pun selesa, pemandangan pun cantik.
ردحذفYa, tenang with view. Santai di bilik nikmati permandangan luar pun best dah.
حذف