Kejap betul dah sebulan, rasa macam baru je lepas jumpa doktor. Kenalah kita menghadap doktor gigi untuk braces monthly review bulan Ogos/ September 2025. Dapat temujanji tengahari. Tak ramai orang masa ni. Sampai je terus daftar dan sign consent form.
Begitulah rutin setiap bulan kalau kita pakai conventional braces. Masa nak pilih o-ring, hati berbunga-bunga bila nampak ada stok o-ring warna hitam setelah sekian lama tak muncul. Ini kalilah baru ada. Tak fikir banyak, terus ambil warna hitam.
Belum sempat nak duduk, nama dah dipanggil. Tak sempat nak ambil gambar o-ring hitam sahaja. Sempat ambil gambar di kaunter je. Teruslah masuk bilik.
Doktor check gigitan. Masih ada ada ruang kosong belum rapat lagi. Jadi, hanya tukar o-ring dan power chain baru je. Itu sahaja. Tak sampai 5 minit selesai.
Macam biasa bila tukar kedua-dua getah ni hanya akan terasa sikit je tarikan tu. Lepas tu tak rasa dah. Selesai untuk temujanji bulan Ogos.
Jumpa lagi bulan September. November nanti genap setahun setengah, jadi kena jumpa doktor pakar orthodontic sebab 6 bulan sekali. Itu kita seram, mesti ada accesories lain yang kena tambah. Mungkin power chain bahagian atas pula? Mungkin elastic band?
Kita nantikan saja.
Kita nantikan saja.
18 تعليقات
Banyak aksesori rupanya ya. Kena jumpa pakar² gigi ni pun dah seram bagi sy.
ردحذفYa, ada banyak. Kena pakai mana yang perlu ikut plan dentist. Nak tak nak, terpaksa juga untuk dapatkan susunan gigi yang cantik.
حذفAlhamdulillah sekejap je prosesnya.
ردحذفMaaf Fiza, Akk terlepas info. Pakai braces ni brp tahun ye? Ke depends pada struktur gigi kita?
Ye, kejap je tak lama. Ikut pakej, 2 tahun setengah. Bergantung juga pada keadaan gigi. Kalau masih tak okay, kena extend.
حذفSelamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-68!
ردحذفSelamat menyambut Hari Kemerdekaan ke-68 Madam Syaz Dr. to be.
حذفLepas selesai pakai braces ni nanti sure senyuman Fiza lebih manis dengan gigi tersusun molek ye😊
ردحذفHarap begitulah KakSarie.
حذفSetiap bulan kena pergi dentist ye? Adoii... seram juga. Nanti kalau tak keberatan, Fizah cerita dari segi kos pakai braces pula, ye.
ردحذفYe kak Nur sebab saya pakai jenis konvensional. Saya dah cerita masa awal-awal pakai dulu Kak Nur, consult, x-ray, acuan dan kos pun dah cerita. hihi...
حذفBestnya. ML pun teringin nak pakai braces. Share la tips geeting braces for beginner.
ردحذفSaya ada share awal-awal getting braces tahun lepas. Mungkin boleh check entry awal tu dalam label yang sama dengan entry ni.
حذفSemangaaàat kak Fiza 😄🤗🤗. Saya dah rasakan itu semua 5 tahunan lebih pakai behel. Tapi begitu dilepas, memang macam merdeka hahahahah. Tp dulu saya pakai kan tahun 93. Kalo behel sekarang pasti dah lebih modern dan cepat.
ردحذفYa, harus sabar dan rajin jumpa dentist tanpa culas. Lama juga tu kan. Sekarang dah moden lagi cepat sikit kot kan. Fanny tak pakai retainer ke selepas buka braces?
حذفBanyak gak guna duit untuk pakai braces ni ye..maintenance dia lagi...pricey erk....
ردحذفBetul, awal-awal dan hujung-hujung nanti guna banyak dari biasa. Bulan-bulan fixed.
حذفanak bongsu ammi dah sibuk nak pakai braces. mana dia tau pasal braces ni ntahlah. tunggulah dulu biar gigi awak habis tumbuh semua baru kita fikir
ردحذفLahh..dak alip ni mana dia tahu entah. Kecil lagi. Kang sakit menangis payah pulak nak menjawabnya hari-hari. Elok dah besar lepas sekolah tu okaylah. Sekolah ni payah nak kena pergi appointment tiap-tiap bulan.
حذف