Tertinggal pula satu dessert ni nak update. Beli sekali dengan banana pudding dan kuah rojak namplawan di stesen minyak PETRONAS tu. Pada label ditulis cookies stick. Kalau cookies stick bukan panjang-panjang ke?

Satu bekas RM13. Dalamnya agak banyak juga biskut chocolate chip crunchy dan limpahan coklatnya. Dari segi rupa parasnya sangat menyelerakan tak sabar nak makan!

Dulu pernah viral biskut dan coklat dijual dalam satu bekas tu kan. Apa entah nama dia. Cookies celup? Masa viral tu tak terjebak nak mencuba. Nampak ni ada di rak, belilah sebekas buat rasa-rasa walaupun dah terlambat nak join the crowd.

Satu bekas RM13. Dalamnya agak banyak juga biskut chocolate chip crunchy dan limpahan coklatnya. Dari segi rupa parasnya sangat menyelerakan tak sabar nak makan!
Biskutnya rangup dan sedap. Tapi...part coklat tu saya tak boleh nak makan dah selepas cuba makan satu.
Bila makan terus triggered sakit gigi, ngilu rasa. Terus berhenti makan dan cuci dengan water flosser. Gigi sensitif kalau makan manis-manis ni. Plus, coklatnya kurang berlemak. Macam manis gula bukan manis susu berlemak tu.

Encik Suami lah yang kena habiskan makan sorang. Itu pun makan sikit-sikit berhari-hari sebab nak habiskan Mujurlah expired date lambat lagi. Pelan-pelan kayuh habiskan.
Nasib baiklah gigi dia tak sensitif dan boleh makan. Kalau tidak, siapa pula nak menghabiskan. Tersadai dalam peti ais lah agaknya. Nak adjust coklat tak boleh sebab bercampur. Kalau tidak boleh juga campur susu ke kan.
36 تعليقات
Kalau sakit gigi tu memang gula la bukan coklat. Kita samalah gigi sensitif, boleh rasa macam mana sakit gigi tu kalau makan coklat banyak gula. Mujurlah partner tak sensitif giginya, boleh makan pelan² habiskan sebab expired lambat lagi. Rugi pulak kalau tak dimakan, kan.
ردحذفBetul, kalau manis yang triggered tu memang manis gula lah cerita dia. Itulah tu, nasib baiklah dia boleh makan tak sakit gigi.
حذفdessert by hawa bakery memang sedap, kena dengan tekak sis dan husband.. selalu kalau singgah Calalily Dessert kat kajang ni, mesti x miss dessert ni.. biasanya kitorang beli mango cheesecake dengan chocolate indulgence.. ^^
ردحذفOo ada jugak ek sana. Mungkin dessert lain sedap kot tak macam yang saya beli ni. Okaylah tu kalau kena dengan selera.
حذفAkk pun sekarang sgt berhati² dgn makanan manis. Once gigit kalau too sweet tu mmg cepat² kumur. Tak sanggup nak tanggung sakit macam bulan puasa hari tu
ردحذفSekali gigit kalau dah sakit, red flag dah tu. Memang kena cepat kumur hilangkan manis tu. Tak sanggup nak tahan sakit gigi.
حذفcookies stick camni yg dlu femes yg SUKA DESSERT jual tp tk terbeli sbb takut manis sgt tp kwn ckp tk manis sgt..smp sudah tk beli2 hehe..slalu cookies suka famous amos je
ردحذفSuka Dessert rasanya juga pemula viral biskut celup ni kan. Saya pun baru nak cuba rasa. Manis sangat memang cannot go lah.
حذفseingat saya coklat celup ni viral masa zaman2 lepas pkp. saya mmng tak boleh makan mende ni sebab nampak manis sangatt
ردحذفTak ingat pula saya. Kalau biskut dan coklat tu kurang manis mesti ramai yang suka, kann...
حذفbanyak kali cuba coockies gini namun tidak jumpa yg benar-benar kena selera.
ردحذفkerap dapat jenis coklat kureng syedap. kadang dpt cookies nya tak crunchie. mmg kacau je.
Saya baru nak mencuba. Dapat pula coklat tak okay, terus rasa macam tak nak beli dah. huhu...
حذفKita sama, tak boleh makan coklat yang manis. Boleh sakit gigi dibuatnya. Kalau dia buat guna dark chocolate pun takpe. Biar rasa pahit coklat, dari manis tu.
ردحذفSetuju tu kak Nur, biar pahit jangan manis sangat kan.
حذفCie tak pakai braces tapi kalau terlalu manis gigi akan jadi ngilu. Memang boleh detect makanan tu manis.
ردحذفBetul, kalau manis memang gusi kita boleh detect. Ngilu tu yang tak boleh tahan kan.
حذفnampak sedap. tapi untuk usia saya ni waduhh tengok je lah. Skrg bila dah berusia gigi geraham ni macam mula pecah. kurang kalsium barangkali.
ردحذفSaya pun rasa satu je. Itupun susah nak habiskan. Sesekali bolehlah. Gigi sensitif juga manis-manis ni.
حذفsedap nampak..makan sikit2 ok ni
ردحذفPada saya biskut dia je okay, coklat terlalu manis untuk gusi dan gigi yang sensitif. huhu...
حذفManis gula memang lain macam kesannya pada gigi. Tak apalah, Fizah makan satu saja untuk rasa-rasa. Rak sanggup rasanta kalau sudah rasa ngilu kan Fizah.
ردحذفKann...manis dia tak boleh tahan. Itulah tu, satu je lah makannya buat rasa-rasa. huhu...
حذفDari deskripsi kakak, saya pun tak akan cocok nampaknya. Kalau dah manis gula, bukan dari coklat, memang tak sanggub juga. Kenapa lah tidak dipisahkan antara coklat dan cookies nya ya 😅
ردحذفItulah tu. Kalau diasingkan okay lagi boleh tahan lama dan pembeli pun boleh adjust rasa manis tu.
حذفsaya tak mkn apa2 yg ada elemen choc heheh tapi my boys suka la ni
ردحذفOoo..kek, pastry semua pun tak makan ye. Makan coklat semata-mata je jelah macam tu.
حذفSedapnyaa
ردحذفSedap untuk orang yang suka coklat manis.
حذفkalau coklat terlalu manis ni... sy pun surrender juga...
ردحذفbiskut celup2 mcm ni rs manis sedang2 pun dah cukup sebenarnya...
Betul, bagi balance rasa biskut dengan coklat tu biar tak manis leting.
حذفAda masa suka juga makan coklat..makan sikit ja..asal dapat rasa,coklat ni makanan kurangkan stress kata orang..
ردحذفYe, makan sikit-sikit. Makan banyak sekaligus saya pun tak mampu nak makan habiskan. Apatah lagi yang manis leting ni. Makan satu pun dah sakit gusi gigi. Huhu...
حذفChoc kalau terlalu manis pun rasa dia x berapa sedap...
ردحذفBetul, chocolate pun tak rasa lemak susunya. Manis leting semata-mata.
حذفrasanya dia guna coklat yang kurang premium gitu. haritu ada terbeli coklat masakan di Family Store dan lepas tu mmg tobat taknak beli lagi dah sebab rasa dia manis letinggggg. Kyra yang memang sweet tooth pun kata tak sedap.
ردحذفMungkin juga. Tapi kalau blend elok pandai adjust mesti sedap sikit. Kalau dah manis leting tu tobatlah takmo dah.
حذف