Kalau nak makan makanan viral atau kek marble saya akan ke Food Hunter Senawang tu. Situlah syurga makanan bagi mereka yang sweet tooth suka makan atau cravings makanan manis-manis.
Sebenarnya nak beli kek marble je. Ehh, terbeli makanan lain juga. Bahaya masuk situ, banyak makanan yang memanggil.

Rupanya banana pudding cake ni dari Ariana Dessert. Arina Dessert pun macam Food Hunter juga, banyak makanan dari vendor-vendor lain.

Harga dia lebih kurang harga tiramisu juga ye. Sama level mungkin sebab guna mascarpone cheese tu dengan bahan-bahan yang lain. Rasa banana pudding ni sedap dan tak muak makan. Pertama kali rasa banana pudding ni terus tersuka.
Sebenarnya nak beli kek marble je. Ehh, terbeli makanan lain juga. Bahaya masuk situ, banyak makanan yang memanggil.
Selain marble kek buatan Ekin Yusof, beli juga bombolini dan juga banana pudding yang tengah hype sekarang.

Dia punya hype selevel tiramisu tak? Saya nampak banana pudding ni dalam peti ais. Tak fikir banyak, terus ambil masuk bakul.
Rupanya banana pudding cake ni dari Ariana Dessert. Arina Dessert pun macam Food Hunter juga, banyak makanan dari vendor-vendor lain.

Cuma dia macam manis sikit. Taburan atas tu saya tak pasti apa bendanya. Boleh makan habis terus sebekas ni sebab saiz pun kecil je. Lepas ni nak cari lagi banana pudding yang lain. Boleh pilih mana yang lebih menepati selera.
18 تعليقات
Sekarang viral banana pudding pulak ye. Tapi saya pun tak pernah makan ni lagi
ردحذفTak pastilah viral ke tidak. Kerap pulak keluar FYP TT saya.
حذفNasib baik Akk dah makan tiramisu baru² ni, taklah terasa ketinggalan sangat, nak² dgn munculnya banana pudding ni pulak 😅
ردحذفNanti bole la cari juga ni
Hihi..dah rasa taklah rasa kecewa sangat kan. Pasni cari banana puding pulak.
حذفNak cuba juga nanti..rasanya sedap ni untuk pembasuh mulut lepas makan..
ردحذفYa, sedap banana pudding ni.
حذفTak pernah jumpa lagi banana pudding kat Lipis ni. Belum nampak orang promote.
ردحذفBelum sampai lagi kat sana kot. Area Seremban ni dah banyak orang jual.
حذفKalau pertama kali makan terus tersuka maknanya memang sedaplah tu banana puddingnya ye Fizah.
ردحذفYe, sedap ni kak Amie. Boleh cari lagi.
حذفbr try juga banana pudding...oh yg fiza mkn ni manis ye..yg akak mkn just nice
ردحذفManis sikit je bukan manis leting. Still boleh makan semua habiskan. Sedap.
حذفkalau tak baca blog fiza, ammi pun taktau banana pudding ni tgh hype.
ردحذفSaya pun tengok TT je rajin pulak naik FYP. Baru tahu tengah hype.
حذفsaya suka jugak dessert cuma kalau manis2 sgt, tak berapa nak kena dgn taste (kurang suka benda yg manis2 hahahah)
ردحذفYa, kalau manis sangat tu boleh potong selera kan. Kurang suka juga yang manis-manis ni. Kena cari yang kurang manis baru ngam dengan selera.
حذفSaya benar2 tak habis pikir, kenapa 2 dessert ini start viral skr yaa 😅😅. Apalagi ini termasuk dessert klasik yg dah lama ada.
ردحذفCuma bagus juga, membantu para sellers yg berjualan ini dapat rezeki .
Nanti saya coba kalau dah di KL kak. Yg taburan itu harusnya biscuit crumbs . Biasanya yg diletak di atas banana puding sejenis biscuit crumbs.
Kalau tiramisu tu macam pelik jugalah sebab dah lama wujud dan tiba-tiba boom pulak kan. Banana pudding saya macam baru tahu je kewujudan dia. Ke memang dah lam ada ada.
حذفYe, betul. Dapat membantu mereka yang buat pendapatan sampingan. Saya tengok ramai yang jual pada hari Jumaat & Sabtu sahaja.
Ohh biscuit crumbs rupanya ye. Thank you Fanny. Nanti kalau masih hype bolehlah cari. Di KL lagi ramailah bakers yang menjual.