Kalau tahun lepas beli sandal adilette platform yang baru update beberapa hari lepas. Tahun ni dalam bulan yang sama beli adidas SLYN sandal pula.

SLYN sandal ni pun dah lama bercita-cita nak beli beberapa bulan lepas. Design ni baru tahun ni kot. Masuk stok je habis, masuk stok je habis. Laku keras! Bila ada stok, ada bajet teruslah membeli. 

Tak jimat sebab tak ada sale. Bila ada sale, yang ni pula tak termasuk dalam sale. Haihh..payahlah macam ni. Baik beli dulu, menyesal kemudian. Kannn...Barulah dia tak berlegar-legar dalam fikiran.

Adidas SLYN Sandal

Tak se exclusive adidas adilette ayoon slides, dia bungkus guna plastik je dan letak dalam bungkusan plastik pos courier tu je. Tak ada kotak.

Adidas SLYN Sandal

Beli sandal ni pun sebab nak menebus kekecewaan beli adilette platform tu lah. Nak juga sandal tebal tapi lebih selesa sebab ada tali. Tali jenis velcro, boleh adjust. Selesa dipakai sebab insole pun bergetah lembut.

Adidas SLYN Sandal

Design ni mengingatkan zaman sekolah menengah dulu pernah pakai style macam ni. Jenis tapak tak tebal macam ni, nipis seinci macam tu. Masa tu tengah trend kot rasanya. Tak pastilah...

Sekarang ni orang lebih suka pakai selipar sarung je terus, senang kalau nak cepat. Macam ni leceh sikit, tapi menang pada gaya lah. Kita pakai ikut kesesuaianlah.

Saya beli online je. Kalau di physical store memang tak ada ye stock SLYN sandal. Nak beli, sila beli online di website rasmi atau aplikasi. Harga RM2++

Okay rasanya dah boleh berhenti membeli sandal.