Dalam perjalanan balik dari Club House Coffee, singgah di Stadium Paroi tengok-tengok apa yang menarik untuk dibeli untuk makan malam. Kotlah lapar tiba-tiba sebab dah makan awal tadi kan.
![]() |
Mak, adik nak takoyaki |
Tak banyak pilihan yang ada, beli takoyaki lah. Kenyang juga makan nanti. Kami berhenti singgah di gerai Takoyaki Agong sebab nampak banner 3 set, RM10.
Pertama kali nampak gerai takoyaki drive thru. Kami parkir di sebelah gerai ruangan drive thru. Lepas tu pekerja akan datang ke kereta dan bawa katalog menu. Malas nak fikir banyak, kami beli yang 3 set RM10 tu je.

3 set RM10 ada 12 biji takoyaki. Tak silap saya campur-campur isi gitu. Ada yang isi crab, ada yang masa kosong pun ada. Entahlah. Dah masuk mulut tak membelek apa yang ada. Bersesuaian dengan harganya.

Sos dan bonito flakes dia tak banyak sangat. Okaylah untuk yang tak berapa nak suka sos sangat. Tapi saya lebih suka ada sos dan bonito flakes lebih sikit. Untuk rasa dan harganya, saya rasa dah sepadan dah tu.
Takoyaki agong lokasinya terletak di luar perkarangan Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Negeri Sembilan. Curious juga nak tahu kenapa namanya takoyaki agong.
Takoyaki agong lokasinya terletak di luar perkarangan Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Negeri Sembilan. Curious juga nak tahu kenapa namanya takoyaki agong.
32 تعليقات
Bagusnya, ada tempat drive-thru. Tak payah keluar kereta. Anak sulung akak suka takoyaki ni.
ردحذفKan, senang kita tak payah nak keluar dan beratur. Tunggu je dalam kereta.
حذفKalau dia nampak takoyaki mesti nak beli, kan.
Menarik idea jual drive thru, memudahkan pembeli.
ردحذفAgaknya sebab tu nama agong, merujuk kepada layanan terbaik.
Betul, memudahkan pembeli. Ohh macam tu ye kak Ujie. Mungkin jugalah.
حذفoo takoyaki ni anak2 wak je suka makan., huhu
ردحذفWak tak suka ye? Kegemaran anak-anak zaman sekarang.
حذفSenang konsep drive thru macam tu.
ردحذفBetul, senang tak perlu keluar kereta. Tunggu je dalam kereta, kan.
حذفbaru best makan if ada bonito flakes banyak...
ردحذفKalau ada bonito flakes banyak memang best makan takoyaki tu kan.
حذفStandard price kot, sbb kat sini pun 3 set tu RM10 juga. Akk suka sos sikit, tapi bonito flakes tu nak banyak hehe
ردحذفMungkin juga. Bonito flakes tu wajib banyak sebab kegemaran ramai kan. hihi...
حذفSaya kalo takoyaki pilih2. Ada yg saya suk, tp ada juga yg tak. Yg pasti saya tak suka kalo ada rasa ginger di dalam.
ردحذفDulu saat ke jepang, saya semangat beli takoyaki di Osaka, Krn di sana asal mulanya kalo tak salah. Beli yg memang legend. Ternyata saya tak sukaaaa 🤣🤣🤣🤣🤣.
Sebab yg asli betul2 rasa ginger strong berasa. Suami sukaaaa.
Langsung saya tak habiskan, suruh dia habiskan lah.
Yg di jakarta, takoyaki franchise asal jepang saya memang tak makan, sebab lagi2 ginger kuat. Tapi kalo yg buat owner lokal, biasa dia dah modif rasa, sehingga ginger tak ada.
Ginger? Rare sangat tu fanny. Tak pernah lagi jumpa takoyaki versi ada ginger. Rasanya kalau ada ginger ramai yang kurang suka.
حذفKalau takoyaki di Jepun pasti lagi sedap dan isinya banyak. Saiznya pun besar kan. Agaknya kena cuba yang asal sana baru rasa sedap dapat rasa takoyaki yang sebenar.
Akakpun suka yang banyak bonito flakes. Tapikan makan takoyaki ini susah nak tahu isi apa. Haha rasa macam sama sahaja.
ردحذفA'ah. Susah nak tahu isi apa kalau campur-campur melainkan kalau beli satu-satu set.
حذفKak SA selalu gak beli kat situ..lagi satu sana famous popia kan..
ردحذفOh ye ke. Popia dulu pernah beli juga. Sekarang ni tak pernah cuba lagi yang terbaru.
حذفmati-mati sy ingat takoyaki yg ada octopus tu...
ردحذفantara makanan jepun yg sy boleh telan dan makan banyakkkkkkkk hahahha
Ada je tapi kami tak order yang tu, sotong ponuh katanya. Kalau saya limit 6 biji je. Lebih dari tu macam tak boleh masuk adh. hihi...
حذفtako-tako-tako-takok! kita suka tako dgn sos kurang, hiii...
ردحذفtako made in Malaysia ni cecomel ja, dgn isi kekadang ada, kekadang hilang.
best gak cari tako as a snacking petang-petang nanti. erm...
Oo sos kurang ek, berbeza sikit selera kita. hihi..Itulah tu, comel je tako Malaysia ni. Kadag tertipu dengan tepung je. Kalau tako Jepun besar, isi pun banyak. Memang sesuai untuk buat minum petang.
حذفmy boys suka takoyaki. i tak berapa mkn sgt, tp bolehlah mkn setakat 1 pcs
ردحذفMakanan kegemaran anak-anak sekarang. Begitulah kan. Ada yang suka, ada yang tak.
حذفLamanya tak makan takoyaki
ردحذفKena mencari tu nanti kalau teringin makan. Semoga ada rezeki jumpa takoyaki yang sedap nanti.
حذفBoleh drive thru lagi..bagus tul
ردحذفKann..lagi senang kerja kita nak membeli tak payah keluar kereta. hihi
حذفSewaktu saya baca, tercari-cari juga kenapa ada perkataan 'agong' tu.
ردحذفTakoyaki memang sedap, isi ketam, udang atau sotong sentiasa jadi pilihan anak-anak. Letak depan mata, sekejap saja licin... ahaks!
Tu yang curious nak tahu tu sebab nampak di banner. Kalau ada isi dia tu sedaplah. Dapat yang macam tepung sahaja pun kita telan juga. hihi.. kalau semua minat sekejapan je boleh habis.
حذفlast ammi datang makan di area stadium June 2024. Ingat lagi masa makan kat situlah dapat email kata Kyra berjaya masuk SBP.
ردحذفLama tu tak jejak Ammi. Saya pun jarang ke sini. Alang-alang dah lalu tu je terus singgah.
حذف