Stok sambal geprek dah habis. Jomlah keluar beli cili merah Thailand super pedas tu di Mydin Senawang lepas solat Maghrib. Tambah lagi stok barang-barang yang dah habis.
Balik dari Mydin Senawang, tak sah kalau tak singgah Kenangan Coffee beli kopi. Beli Kopi pistachio yang baru keluar semula setelah sekian lama menyepi. Beli yang sejuk sedap. Yang panas belum pernah cuba beli lagi.
Dalam perjalanan ke rumah rasa macam nak makan sesuatu. Tapi nak makan apa ek? Hmm..yong tau foo lah. Tadi lalu depan D'Qalisha Steamboat & Grill tu buka, beli kat situ je lah.

Dulu pernah beli yong tau foo kat sini sekali. Itu yang ulang membeli di sini lagi. Tahu pun sebab nampak dalam grab food. Kalau tidak, saya ingat di sini makan steamboat & grill je. Tak ramai sangat orang masa kami sampai ni.

Encik suami buat pesanan yong tau foo satu bekas yang berharga RM12. Lepas buat pesanan tunggu dalam kereta je. Lebih kurang 10-15 minit macam tu pesanan kami pun siap lah.

Yong tau foo kat sini dia bagi sos kuah hitam tu je tak ada sup bagai. Tapi ini pun dah sedap dah. Banyak sayur kangkung dan isinya yang lain tertimbus dek kangkung tu. Puas makan dan kenyang jugalah makan kongsi berdua.
Sosnya sedap dan tak pedas. Isinya pun segar dan berbaloi dengan harganya. Sayur kangkung pun banyak. Yong tau foo ni jenis tak seram dengan harganya sebab bukan jenis kita pilih sendiri. Dah siap pakej, jadi senang dah tahu harga siap-siap.
Sosnya sedap dan tak pedas. Isinya pun segar dan berbaloi dengan harganya. Sayur kangkung pun banyak. Yong tau foo ni jenis tak seram dengan harganya sebab bukan jenis kita pilih sendiri. Dah siap pakej, jadi senang dah tahu harga siap-siap.
D'Qalisha Steamboat & Grill
Kg Ujong pasir sikamat, Kampung Sikamat Lama, 70450 Seremban, Negeri Sembilan
40 تعليقات
Sedapnya dapat makan YTF. Dulu selalu beli di pasar tani, tapi sekarang dah tak ada. Kadang kalau teringin kenalah buat sendiri.
ردحذفKecewa bila tempat favourite kita membeli tu dah tak de kan kak Amie. Bestnya dapat buat sendiri. Lagi puas makan macam tu.
حذف
ردحذفAlhamdulillah...semalam husband buat sotong kangkung...dia makan sendiri lah
Sotong kangkung pun favourite tu. Sodap!
حذفWah, senanglah kalau dah ada siap pakej YTF macam ni. Taklah seram time tengok dia potong tu, singgit dua inggit tiga inggit, tiber nak bayar jadi doploh hinggit, hihihi.
ردحذفA'ah. Senang tak payah kita nak berdebar-debar masa membayar tu. hihi...
حذفKalau siap pakej macam tu senang la takdela kita main pilih2 je lepas tu total puluh ringgit.
ردحذفBetul, senang dah tahu harga terus kan.
حذفUncle ok je kalau kuah hitam tu je... tapi kena ada sambal sikit
ردحذفAda sambal ada rasa pedas-pedas sikit lagi best kan uncle.
حذفoo..ada perisa pistachio...kena cari jg nih...hihi...YTF byk sayur kangkung, suka2..betul, YTF kt foodcourt tu, boleh pitam dgr total harga nya..
ردحذفYe, ada. Sebelum ni pun ada. Sekarang keluar semula. Selamat mencari dan menikmatinya. Tahu takpe, ghisau masa nak membayar tu.
حذفSenang la kalau dah pakej gini, dah tau harganya takdelah seram sangat kan... Skrg ni kalau beli dekat pasar malam pun tup2 belas2 ringgit dah huhu
ردحذفBetul, yang pasar malam punya tu memang seram kalau nak membayar tu. Sampai puluh-puluh pun ado.
حذفSuka YTF jugak. Suka makan dia dengan sup kosong.....
ردحذفDapat sup kosong lagilah sedap makan kan kak.
حذفSedapnya, akak suka makan dengan sup sytle johor kalau belah KL ni kan selalu sos merah n hitam.
ردحذفAda sup lagi sedap kan kak Dana. Tapi kalau ada tiga-tiga sekali tu lagilah best. Ada pilihan ikut selera masing-masing. Boleh bertukar rasa gitu.
حذفPernah beli dulu, ya sedap!
ردحذفKan...sedap dia punya sos dan semuanya fresh.
حذفlama tk mkn yongtau foo sejak pasar malam dh pindah jauh..slalu bli kt pasar mlm
ردحذفTak best kalau dah berpindah. Tak dapatlah nak makan YTF favourite yang dekat. Tak boleh nak makan selalu.
حذفAda tempat2 tertentu jer kuah YTF ni sedap...
ردحذفBetul, itu yang akan jadi favourite kita.
حذفBetul...kalau jenis pilih sendiri selalu terbabas harganya. Kita tengok macam sikit, dok ambik itu ini. Lepas tu tak larat habiskan sebab banyak. Haha!
ردحذفDah lama tak makan YTF, tengok gambar Fiza tu jadi rasa teringin pulak.
Terbabas tu yang risau tu. Kang terkejut dengar harganya. Yang sikit tu kadang ada yang harganya mahal kan. Kita tak tahu main ambil je. Saya pun lama tak makan YTF, teringin pulak kan.
حذفKena mencari YTF lepas ni kak Ujie.
Kalau makan YTF, mmng selalu dgn kuah hitam tu je. Tak pernah pulak makan yg ada sup. Yg penting kena ada telur puyuh!
ردحذفMacam jarang pula nampak telur puyuh. Sedapnya telur puyuh, bertahun tak makan rasanya. Telur puyuh ni sedap kan. Sekali ngap je sebiji.
حذفBerbaloi tu. Saya tak pandai makan yong tau fu. Sama tak dengan oden?
ردحذفLebih kurang je cuma ada banyak version lah boleh makan dengan sup, sos atau sambal merah. Ikut selera masing-masing.
حذفLama pulak tak makan YTF, sedap nya Fiza
ردحذفLepas ni kenalah mencari YTF mana yang sedap berdekatan rumah.
حذفMemang suka la YTF ni tak kiralah makan dengan sos dia ataupun sup.
ردحذفMakan dengan apa pun semuanya sedap kalau dah suka kan.
حذفsaya suka YTF! dh lama la tak mkn ytf ni
ردحذفFavourite rakyat Malaysia YTF ni. Nanti² bolehlah membeli.
حذفNaaah saya penasaran dengan YTF yg kuah hitam kak. Krn selama ini selalu makan yg kuah sup saja. Memang ini jenis makanan yg pas bayar pasti deg deg an 😄. Takut harga tau2 melangit. Lebih suka kalo sudah dlm bentuk package begini
ردحذفNext time kalau Fanny datang Malaysia kena cari YTF yang ada sos hitam ni ye. Tahu takpe, risau kalau jenis ambil-ambil dan bayar tu. Risau harganya melangit. hihi...
حذفFiza memang peminat tegar Kenangan Coffee ye. Selalu baca Fiza beli kopi dari brand ini. Yong tau fu ni kalau pergi dekat pasar malam berdebar nak tunggu penjualnya bagitau harga selepas KSarie ambil macam-macam dalam tray tuh ha😅
ردحذفYa, betul! Peminat KopKen. Sedap dan berbaloi dengan saiz dan harganya.
حذفKann...kalau beli di pasar malam tu silap-silap boleh cecah puluh tu. Kita pulak tak tahu berapa harga setiap satu dalam bekas tu. Jarang mereka letak harga. Kalau dah tahu harga senanglah kita nak bajet-bajetkan berapa kan.