Nasi khao mok atau nasi beriani Thai pernah popular dan viral sebelum ni. Masa tu teringin nak rasa nasi khao mok ni tapi ye lah tak mudah nak mencari di Malaysia ni. Kalau ada pun sesetengah tempat je.
Tapi bila dah ada jual dekat dengan dia, lajulah kita nak cuba rasa kan. Itupun perasan LaPaROTI ada promo di TikTok. Tak pastilah dah berapa lama menu nasi khao mok ni ada disitu. Lama dah tak pergi singgah di LaPaROTI ni.
Kali terakhir singgah brunch di LaPaROTI bulan Mac tahun lepas. Tahun ni belum terjah lagi. Nampak lagi meriah menu dan ruang makan di situ. Nanti boleh repeat datang makan lagi. Haritu beli nasi khao mok, Encik Suami beli bungkus je dan makan di rumah.

Nasi Khao Mok
Nasi khao mok ada banyak nama dan ejaanya. Saya pun tak pasti mana satu yang tepat. Ada banyak nama seperti nasi khao mok, nasi komok, nasi khomok, nasi kumok,nasi kaw mok kai dan nasi khao mok gai. Ke ada lagi namanya?
Nasi khao mok LaPaROTI
Satu hidangan nasi khao mok LaPaROTI dilengkapi dengan nasi beriani berempah, ditaburi dengan daun sup dan bawang goreng. Aroma nasi yang wangi.
Seketul ayam goreng berempah yang lembut juicy di dalam rangup di luar. Isi dalamnya dimasak elok. Potongan saiz ayam yang besar sampaikan nasi habis dulu, ayam masih ada lagi buat ratah je. Rempahnya berasa meresap dalam isi ayam. Sedaplah!
Daun saladnya cukup banyak. Hirisan tomato juga disertakan sekali. Tomato pun segar dan manis. Didatangkan bersama sup kosong dan juga air asam pedas. Tak pasti apa nama kuah dia, air asam pedas kot? Siapa tahu sila komen.
Daun saladnya cukup banyak. Hirisan tomato juga disertakan sekali. Tomato pun segar dan manis. Didatangkan bersama sup kosong dan juga air asam pedas. Tak pasti apa nama kuah dia, air asam pedas kot? Siapa tahu sila komen.
Satu set hidangan nasi khao mok ni berharga RM18. Kalau makan di LaPaROTI dihidangkan dalam talam dan porsinya besar. Sama jugalah macam bungkus ni. Puas makan dan kenyang. Nasi banyak, ayam besar, hirup pula sup panas-panas, memang kenyang lah cerita dia.
Berbaloi juga lah dengan rasa. Pertama kali makan nasi khao mok dan saya akui rasanya sedap. Next time boleh ulang makan di kedai pula. Makan tepi sungai tu yang syok tu. Memang best makan kat situ.
44 تعليقات
Suka dgn nasi khaomok. Sedap!
ردحذفMemang sedap. Saya pun dah tersuka.
حذفRasanya nama-nama tu membawa maksud yang sama.
ردحذفPernah dua kali makan nasi khao mok. Suka aromanya, rasanya pun ok.
Ya, banyak namanya yang saya jumpa. Aroma dan rasa dia cukup menyelerakan.
حذفAkk pernah rasa tapi yang dah pre -packed. Nasi dan ayamnya dah sejuk jadi kurang umphh. Mgkn kena makan di kedai atau order gini lebih sedap utk nikmati nasi khou mok ni
ردحذفKalau dah packed dan sejuk lama tu kuranglah sikit rasa sedap dia. Memang kena makan panas-panas, kalau pack pun yang baru pack. Baru sedap.
حذفUnik pulak nama LaPaROTI tu...
ردحذفDengan tulisan dia kecik besar kecik besar tu kan.
حذفTempat saya ada banyak orang jual nasi ni. Tapi tak pernah beli. Kalau sedap, boleh jugak cuba nanti ni.
ردحذفSebab sempadan sana kan? Bolehlah cuba nanti tu. Mana tahu kena dengan selera. Area sana mesti macam rasa authentic sikit.
حذفPlan nak buat nasi ni tak terbuat lagi. Sedap nasi khaumok ni kan.
ردحذفBest tu kalau pandai buat Cie. A'ah sedap. Selamat memasak Cie.
حذفNampak macam nasi arab.
ردحذفPasti sedap rasanya.
Mungkin ada lauk kambing dan daging lembu juga.
A'ah. Nasi berempah gitu. Sedap rasa dia wak. Tak pasti yang tu. Saya nampak yang mereka promote ada ayam je.
حذفMula dengar dulu ingatkan nasi cromok, satu band metal tempatan. Sedap juga nasi ni cuma di utara pun masih susah nak jumpa.
ردحذفOo band tu. Hihi...
حذفIngatkan di utara macam senang nak jumpa sebab sempadan je kan dah dekat. Rupanya susah juga ye nak dapat nasi khao mok ni kat utara.
Pernah beberapa kali jumpa orang jual, tapi tak tertarik cuba sebab tengok macam nasi yang biasa kita makan. Rupa-rupanya nasi khao mok ni nasi beriani Thai.
ردحذفNanti-nanti bolehlah cuba pula kak Ujie. Area perlis dekat lagi dengan Thai mesti rasa dia lagi authentic sikit kot kan.
حذفanak2 suka lah macam nie...makan nasi dia pun dah sedap
ردحذفBetul, makan nasi je dah sedap dah.
حذفNampak banyak kali nasi khaomok ni tapi belum pernah rasa.
ردحذفKalau nampak lagi nanti bolehlah membeli cuba rasa pulak.
حذفBaru tahu ia nasi beriani Thai. Nampak banyak sangat nasinya, mujur ayam pun besar, nasi dah habis ayam masih ada, sambung pulak meratah ya. Puaslah kalau dapat meratah ayam yang nampak garing tapi isinya juicy tu.
ردحذفA'ah nasi beriani Thai. Kiranya porsi besar dah ni, makan berdua pun boleh kenyang juga. Kalau makan sorang, puas makan.
حذفWah rupa makanan tu begitu isinya..memang makanan yang mengenyangkan..ada salad
ردحذفYa, begitulah satu set hidangan nasi khao mok. Puas makan, sedap dan mengenyangkan. Salad pun banyak.
حذفBesar, ayam dia. Sedap, tengok nasi khao mok. Akak pernah rasa sekali, tapi rasa biasa-biasa je. Tapi nanti nak beli bila balik Kelantan, kalau jumpa.
ردحذفA'ah. Ayam dia saiz besar. Puas makan siap meratah sebab nasi habis dulu. Kena pergi kedai yang betul-betul nasi khao mok dia sedap. Kadang macam tu lah, tak jumpa lagi yang betul-betul sedap. Lain resto, lain rasa dia.
حذفAkak x sampai-sampai lagi kat sini walhal dekat je dan hari2 lalu sini...cuma tu la..diorang tutup Ahad kan...kalau buka boleh je terjah...
ردحذفYang dekat tu lah kita lambat sampai kak. A'ah, hari Ahad tutup. Kena pergi Sabtu pagi baru bukak tu mesti tak ramai orang.
حذفMacam pernah makan nasi ni kat Fizomawar Kitchen kat Bangi ni tapi dah tutup dah la kedainya. Tak ingat pula rasanya dulu....
ردحذفOo dulu Fizomawar Kitchen ada juga ek. Yelah kan, kedai dia menu Thai semuanya. Lepas berpisah tutup terus kedainya.
حذفOo nasi khao mok itu macam nasi beriani. Belum cuba lagi.
ردحذفKalau jumpa bolehlah cuba.
Ye betul. Nasi beriani versi Thailand. Beza sikit dari segi lauk dan sosnya tu. Kalau jumpa orang jual kena beli dan cuba rasa tau kak Wina.
حذفterliur sungguh! terus rasa auto lapar
ردحذفHihi..ampun madam. Kot teringin bolehlah cari nanti.
حذفsedap nmpk tgk ayam tu
ردحذفMemang sedap!
حذفWaah yg ini saya belum coba kak. Kalo ke Thailand pun rasanya tak aware dengan menu ini. Kalo rasa mirip briyani, semestinya saya sukaaa 😍
ردحذفKena cuba tu nanti Fanny kalau ke Thailand. Dapatlah rasa yang authentic gitu.
حذفSilap besar KSarie baca post ni apabila tengah lapar. Langsung keriuk-keriuk perutnya. Rasa macam pernah makan sekali khao mok ni. Tapi lepas baca post ni macam kena pi cari khao mok yang sesedap macam yang Fiza ceritakan ni.
ردحذفAduh, bahaya datang waktu malam. Kena datang waktu selepas makan, baru tak auto lapar. hihi..Boleh datang ke LaPaROTI ni kalau ada kesempatan.
حذفTgk gambar fiza snap tu warna nasi jelah yg lain. Pernah makan di Hatyai. Boleh tahan sedap tp kena beratus panjang
ردحذفKat Hatyai warna nasi dia berbeza ye Nina? Uishh kena beratur panjang tu yang malas tu. Tapi sesekali sebab nak merasa tu kira berbaloilah jugak kan. Sana mesti lagi sedap rasa lebih rasa authentic.
حذف