Encik suami sampai rumah awal lebih kurang jam 6.00 petang macam tu. Ajak makan di luar je lah. Makan malam awal sikit di Rumah Panggung Cafe yang tak jauh dari rumah.

Kami terus ke kaunter buat pesanan dan bayar terus. Sempat saya potretkan beberapa keping gambar. Mujur tak ada pelanggan lain. Dapatlah ambil gambar elok sikit.
Tertarik pula dengan hiasan bunga tahi ayam bersama daun variegated yang tak tahu apa ID dia. Cantik juga dibuat hiasan sebagai penyeri. Petik kat laman je ni sebab nampak banyak pokok bunga di halaman depan rumah berdekatan kawasan parkir.

Total semuanya ada sen-sen. Tapi tuan kedai genapkan jadi ringgit dan diskaun je sen-sen tu. Baiknya tuan kedai tak berkira. Ni untung ke tak ni?

Saya pilih untuk duduk di hujung sekali. Lebih privacy sikit kan. Musim panas ni air sungai pun macam nak kering dah. Kalau musim hujan ni, air naik sampai boleh tutup kedai.

Kalau air sungai banyak sikit best jugak dengar bunyi air mengalir. Kami tak berduaan, ditemani si calico ni. Baru duduk dia dah datang dekat mengiau. Makanan pun tak sampai lagi, awak dah meminta makanan.

Duduklah situ dulu. Jap lagi kita bagi makan okay. Maka, terbaringlah dia bergolek atas pasir tu. Sempat pula tu menunaikan hajat di belakang tu. Nasib baik jauh, kalau tidak bau tahi panas. hahaha...
Tak lama tu minuman kami pun sampai lah. Hiruplah dulu kopi hazelnut latte panas kegemaran saya. Dapat cawan kuning lagi. Asal pakai baju kuning je, cawan pun kuning juga. Berjanji ke kita?

Sedapnya menghirup secawan latte panas suam gitu di waktu petang ni. Encik suami pesan air spanish latte. Belum sempat memotret dia dah kacau dulu airnya, jadi rupa dia jadi lain dah siap berkacau.

Air sampai bersama dengan cream cheese garlic bread. Tergoda tengok dalam chiller tadi, terus pesan juga satu buat rasa-rasa sebab tak pernah makan lagi. Masa viral sebelum ni tak sempat nak rasa. Sedap jugalah, sesuai untuk minum petang.

Kami pesan 2 set nasi lemak untuk makan malam. Di sini tak banyak pilihan makanan berat cuma ada nasi lemak dan spaghetti carbonara je. Yang lain makanan ringan. Nasi lemak ada dua jenis, ayam berempah atau nasi lemak biasa ada telur goreng.
Nasi lemak lambat sikit sampai sebab ayam tu dia goreng panas-panas. Bukan dah goreng siap-siap. Penantian yang berbaloi sebab ayam rempahnya sedap. Nasi lemak kurang sikit rasa lemak dia. Tak pasti pandan ke atau pewarna sahaja. Tapi okay je nasinya.
Sambal agak cair sikit dan kalau pedas, lagi sedap.

Terang hampir berubah gelap, tuan kedai buka lampu. Sebelum maghrib kami dah selesai makan dan balik.

Tutup : Selasa & Khamis
Rumah Panggung Cafe dengan suasana baru
Ini kali kedua kami singgah makan di sini. Sebelum ni pernah makan petang. Masa tu masih baru buka lagi dan tak semeriah sekarang ada banyak tempat duduknya. Malam-malam mesti meriah ramai orang lepak mengopi.Masa kami sampai tak ada pelanggan lain lagi. Ada satu kereta je milik tuan tanah atau pekerja mereka.
![]() |
Pintu gerbang buah markisa. Nampak ada beberapa biji berjuntai di atas |
![]() |
papan tanda Selamat Datang |
Bila tengok rumah kayu ada beranda ni teringat rumah lama dulu ada beranda, tempat lepak berbual kalau tetamu datang.

Kami terus ke kaunter buat pesanan dan bayar terus. Sempat saya potretkan beberapa keping gambar. Mujur tak ada pelanggan lain. Dapatlah ambil gambar elok sikit.

Total semuanya ada sen-sen. Tapi tuan kedai genapkan jadi ringgit dan diskaun je sen-sen tu. Baiknya tuan kedai tak berkira. Ni untung ke tak ni?
Dulu tak ada kaunter ni, masa tu kaunter kecil bawah rumah je. Sekarang banyak dah ditambah dan lebih menarik untuk keselesaan pelanggan. Yang penting, lebih easthetic.

Saya pilih untuk duduk di hujung sekali. Lebih privacy sikit kan. Musim panas ni air sungai pun macam nak kering dah. Kalau musim hujan ni, air naik sampai boleh tutup kedai.

Kalau air sungai banyak sikit best jugak dengar bunyi air mengalir. Kami tak berduaan, ditemani si calico ni. Baru duduk dia dah datang dekat mengiau. Makanan pun tak sampai lagi, awak dah meminta makanan.

Duduklah situ dulu. Jap lagi kita bagi makan okay. Maka, terbaringlah dia bergolek atas pasir tu. Sempat pula tu menunaikan hajat di belakang tu. Nasib baik jauh, kalau tidak bau tahi panas. hahaha...
Tak lama tu minuman kami pun sampai lah. Hiruplah dulu kopi hazelnut latte panas kegemaran saya. Dapat cawan kuning lagi. Asal pakai baju kuning je, cawan pun kuning juga. Berjanji ke kita?

Sedapnya menghirup secawan latte panas suam gitu di waktu petang ni. Encik suami pesan air spanish latte. Belum sempat memotret dia dah kacau dulu airnya, jadi rupa dia jadi lain dah siap berkacau.

Air sampai bersama dengan cream cheese garlic bread. Tergoda tengok dalam chiller tadi, terus pesan juga satu buat rasa-rasa sebab tak pernah makan lagi. Masa viral sebelum ni tak sempat nak rasa. Sedap jugalah, sesuai untuk minum petang.

Kami pesan 2 set nasi lemak untuk makan malam. Di sini tak banyak pilihan makanan berat cuma ada nasi lemak dan spaghetti carbonara je. Yang lain makanan ringan. Nasi lemak ada dua jenis, ayam berempah atau nasi lemak biasa ada telur goreng.
Nasi lemak lambat sikit sampai sebab ayam tu dia goreng panas-panas. Bukan dah goreng siap-siap. Penantian yang berbaloi sebab ayam rempahnya sedap. Nasi lemak kurang sikit rasa lemak dia. Tak pasti pandan ke atau pewarna sahaja. Tapi okay je nasinya.
Sambal agak cair sikit dan kalau pedas, lagi sedap.

Terang hampir berubah gelap, tuan kedai buka lampu. Sebelum maghrib kami dah selesai makan dan balik.

Lokasi Rumah Panggung Cafe
Jln Pantai, 71770 Seremban, Negeri SembilanWaktu operasi
Buka : 5 hari ( Ahad, Isnin, Rabu, Jumaat & Sabtu) jam 4.00pm - 11.00 pmTutup : Selasa & Khamis
40 تعليقات
wah...menarik kedai macam nie...boleh ngopi2...tapi, anak2 tak pandai ngopi lagi..jadi, tak boleh bawa anak2.. hahaha
ردحذفSangat menarik duduk sambil mengopi. Ada je minuman yang non-coffee. Kalau bawa anak-anak boleh mandi sungai sekali kat sini. Tapi sekarang sungainya cetek tak boleh mandi lah pulak. kalau tidak boleh celup-celup kaki ke kan.
حذفSini la yanga akak x sampai2 lagi ni...bila nak terjah x tau
ردحذفTakpe, dekat je tu. Anytime boleh datang.
حذفAlaaa.. sayangnya, suasana dah cantik tapi menunya tak banyak. Agaknya dia nampak Fiza pakai baju kuning la tu, tu dia buatkan latte dalam cawan kuning. Masa tu tak ada pulak pelanggan lain, kan.. kot² la memang cawan yg ada semua kuning ke, hihi. Ayam goreng panas² tu buat tambah sedap sayangnya nasi kurang sedap dan sambal kurang pedas untuk pempedas macam Fiza.
ردحذفUntuk mengopi dan lepak-lepak sesuailah. kalau lapar, makan nasi lemak dan spaghetti carbonara je lah yang ada. Hehehe...kebetulan sama kuning ikut tema. Ayam goreng berempah dia sedap boleh cover kekurang sambal dan nasi. Kira boleh makan. Dia jangan masin, itu tak boleh makan lansung nanti.
حذفdatang ke sini 16/8/2024...wahhh ammi ingat exact date. hahahh ingat sebab kita dtg utk celebrate birthday along ammi kat sini. Dan hari itu juga ada kejadian kebakaran selang 2 rumah ammi.
ردحذفDah setahun dah berlalu. Saya ingat juga acara sambutan birthday tu yang Ammi cerita tu. Tak sangka dah setahun berlalu kan.
حذفCantik, tempat mengopi. Rindunya nak minum hazelnut latte. Kucing tu muka terkejut. Hehe..
ردحذفCantik tempatnya suasana kampung dan ada sungai kecil. Sesekali nanti boleh pesan hazelnut latte kak Nur selain americano. Tukar selera kejap. Hihi...Terkesima agaknya kita nak ambil gambar dia.
حذفcantik tmptnya...gmbr latte dlm cawan kuning tu menarik
ردحذفCantik dengan vibes kampung. Yup, hebat barista ni kan.
حذفSempoinya dia punya banner... macam atas kain je?
ردحذفSenang gitu, janji mesej tu sampai. hihi...Tak, banner canvas. Mungkin sebab latar dia warna putih kot nampak macam kain pulak
حذفLawanya style cafe klasik2 camni. Hehe bestnya ada kocing!
ردحذفAla sikitnya menu makan berat dia ada 2 je
Kannn..suka tengok macam ni. Mengopi sambil healing. Ada kucing tu penyeri kedai. hihi...A'ah sikit je menu berat. Lebih kepada tempat lepak mengopi macam tu.
حذفMenarik kedai macam ni. Ni rumah yang di renovate jadi kedai ke?
ردحذفRumah tu dia tak renovate jadi kedai. Masih mengekalkan rumah kampung. Di belakang rumah tu ada sungai kecil, di halaman sekitar tepi dan belakang di gunakan untuk ruang makan. Ada satu lagi pondok untuk kaunter dan ruang penyediaan makan yang terpisah dengan rumah kampung.
حذفTempat begini saya selalu sukaaa sebab banyak tanaman. Bikin suasana nampak cantik dan teduh. Apalagi kalo makanan juga sedaap 👍😄😄.
ردحذفTeringin coba lah, saya cek dulu jauh tak dari hotel saya nanti di Putrajaya 😅. Kdg susah naik grab kalo terlalu jauh . Suka di reject.
Seronok kan makan dalam suasana macam ni. Kalau makanan sedap tu lagi rezeki untuk dinikmati. Agak jauh juga tu Fanny, sejam lebih. Grab memang mahal kalau jauh-jauh ni.
حذفNi rumah makan bukan kedai makan
ردحذفHihi...Rumah makan diberi nama Rumah Panggung Cafe wak.
حذفMenarik.. Klasik... Sangat seronok dgn vibe kampung dan suasana kedengaran air sungai mengalir..
ردحذفKann..suasana kampung tu yang mahal tu.
حذفMenanti juga kalau ada pasang panggung kain putih mcm zaman dahulu sebab nama cafe ada perkataan panggung hihiiii
ردحذفKann best kalau ada macam tu, lagi menarik kan orang datang sambil tengok wayang gitu.
حذفCantik menarik tempat makan klasik ni. Menu tak banyak pulak ya. Tak apa masih boleh menikmati menu yang ada.
ردحذفSangat menarik. Menu berat je tak banyak. Ada menu-menu lain yang menarik juga.
حذفTengok gambar payung, rimbunan pokok buluh dan sungai, teringat saya di Gua Musang, minum petang bersama Encik Suami dan Firdaus dalam suasana begini.
ردحذفCantik warna nasi lemaknya tapi kurang rasa lemaknya pula ye. Mujurlah ayam goreng berempah baru keluar dari kuali dan rasa sedap pula.
Lebih kurang ye suasananya. Suasana macam ni best sambil menikmati makanan.
حذفAlhamdulillah sedap ayam goreng berempah boleh cover mana yang kurang.
Tempatnya macam 10/10 markahnya ye. Menikmati makanan sambil mendengar deruan air sungai ye. Masuk dalam bucketlist cafe untuk disiasat kalau ke Seremban. Menu minimalis ni ada pro and cons. Pro sebab tak serabut kepala nak pilih nak makan apa. Cons kalau kita nak makan macam-macam limited pilihannya ye
ردحذفSiasat jangan tak siasat KakSarie. hihi..Ya, ada pro and cons. Setiap tempat makan begitulah kan. Kita nikmati saja makanan dan suasananya dengan tenang.
حذفShoooashtetik.... penuh dengan keindahan alam semula jadi.
ردحذفBread garlic cream cheese tu my favourite tapi payah nak cari kat sini.
Close to nature dengan cara makan pun best jugak healing kan. Sekarang macam dah kurang orang jual bread garlic cream cheese. Masa viral dulu belambak orang jual.
حذفuniknya cafe ni! l likeeee
ردحذفSangat unik, klasik dan vibes kampung tepinya ada sungai kecil. Boleh singgah nanti kalau suka.
حذفtempat dah cun tapi sayang... menu pula x byk ya... hrp owner jgn laa sia2 peluang...
ردحذفMungkin ini je termampu mereka sediakan. Kita order mana yang ada je lah kan.
حذفCantik laa tempat nii..ala-ala klasik ..ni kalau tal ramai orang ..boleh makan dengan setenangnyaaa
ردحذفCantik dan best untuk mengopi petang-petang tu. Kalau ada air sungai boleh juga celup-celup kaki. Tenang dan best lepak sini.
حذف